Tabung Haji umum agihan keuntungan selepas zakat 3.10 peratus

A
A
A

ALHAMDULILLAH! Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2020 adalah 3.10 peratus lebih tinggi berbanding 3.05 peratus bagi tahun kewangan 2019.

Menurut TH, ia melibatkan bayaran berjumlah sebanyak RM2.24 bilion kepada sembilan juta pendepositnya, lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

"Agihan Keuntungan selepas zakat kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2020 adalah berjumlah RM2.24 bilion, iaitu RM103 juta (5%) lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion bagi tahun kewangan 2019.

"Agihan bagi tahun 2020 akan memberi manfaat kepada kira-kira sembilan (9) juta pendeposit TH.

"Agihan keuntungan ini adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995," katanya.

Menurutnya, agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat.

"TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

"Semua pendeposit TH dengan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2020 adalah layak.

"Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan.

"Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup dalam tahun 2021 (sebelum 3 Mac 2021) pendeposit atau waris pusaka perlu hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berdekatan," katanya.

Tabung Haji umum agihan keuntungan selepas zakat 3.10 peratus

Selain itu, jumlah deposit lembaga itu turut mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada RM76.7 bilion yang mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap Tabung Haji kekal utuh.

Para pendeposit boleh membuat semakan pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2020 mulai pukul 12 tengah hari (Rabu, 3 Mac 2021).

Baca juga Aduhai nikmatnya tembikai! Selain segar tinggi khasiatnya

Baki simpanan terkini boleh disemak di:

  • Kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
  • Laman sesawang www.thijari.com.my
  • Portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
  • ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB

Syukur, nampak gayanya senyum sampai telinga la korang yang membuat simpanan di TH kan!

Jangan lupa terus amalkan SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca