Usia sudah 30-an masih lagi ‘hold’ lagi untuk hamil? Lupakan kerana banyak masalah bakal menimpa

SESETENGAH wanita tiada masalah untuk menerima kehadiran cahaya mata meskipun pada awal usia. Bagi mereka, lebih cepat memiliki anak, lebih baik.

Namun, terdapat juga kaum Hawa yang lebih suka melewat-lewatkan perkahwinan disebabkan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya masing-masing.

Jika anda salah seorang wanita yang memilih pendekatan sedemikian, dinasihatkan agar berfikir semula kerana terdapat banyak perkara yang perlu ditempuhi kelak.

Ya, benar. Kita melihat bagaimana kejayaan selebriti seperti Rozita Che Wan dan beberapa kisah orang biasa yang berjaya melahirkan bayi dalam keadaan sempurna walaupun sudah berusia. Namun, bukankah setiap daripada kita berbeza-beza?

wanita hamil
SUMBER Leah Kelley daripada PEXELS.

Bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai wanita lewat hamil, SinarPlus menghubungi Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Metro IVF, Johor Bahru, Johor, Dr Ahmad Zharif Hussein.

Dr Ahmad Zharif berkata, berdasarkan kajian, kadar kesuburan wanita semakin berkurangan apabila mereka mencecah usia lebih 35 tahun.

Persoalannya kini, bagaimana seorang wanita dari India berusia 70 tahun berjaya melahirkan bayi yang sempurna melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF) beberapa tahun lalu?

Menjawab pertanyaan itu, beliau menjelaskan, mengikut laporan yang dikeluarkan, pasangan tersebut menggunakan benih mereka sendiri untuk mengandungkan bayi.

Pasangan tersebut telah melakukan kaedah IVF berserta Pregenetic Screening (PGS) untuk memastikan embrio yang dipindahkan ke dalam rahim itu sihat dan akan dipantau rapi oleh doktor.

 

“Apa yang berlaku pada hari ini, kebanyakan wanita yang berusia lebih dari 35 tahun mengalami penurunan simpanan telur yang mendadak.

“Jika wanita yang lewat usia mengandung, pakar sakit puan akan kerap melakukan temu janji, imbasan, saringan Syndromic baby dan ubat-ubatan suplemen yang mampu mengurangkan risiko-risiko yang boleh berlaku ketika mengandung lewat usia,“ katanya.

bayi
SUMBER Lisa Fotios daripada PEXELS.

Justeru, pendekatan yang dilakukan oleh pasangan warga emas di India itu merupakan kaedah perubatan yang mampu dilakukan untuk memastikan bayi yang dilahirkan sihat walafiat.

Pelbagai rintangan

Dr Ahmad Zharif memberitahu, apabila seseorang wanita mengandung pada usia 40 tahun ke atas, golongan itu berada dalam keadaan risiko tinggi. Berikut antara situasi yang boleh dialami:

1. Darah tinggi
Wanita berisiko mendapat darah tinggi iaitu hipertensi akibat kehamilan dan praeklampsia. Ia menyebabkan mereka cenderung untuk mendapat sawan ketika mengandung.

2. Kencing manis
Kencing manis ketika mengandung boleh mendatangkan memberi pelbagai risiko kepada ibu dan anak, selain obesiti. Wanita berusia lebih 30 tahun berpeluang menghidap Gestational diabetes mellitus (GDM) ketika mengandung berbanding wanita lebih muda.

Baca juga: Jutaan wanita Malaysia hidap penyakit kencing manis. Mereka boleh hamil, lahirkan bayi, tetapi…

3. Tumpah darah selepas bersalin
Keadaan ini sangat bahaya kerana boleh meragut nyawa ibu, tetapi terdapat sebahagian kes masih boleh dirawat dan diselamatkan.

4. Kelahiran melalui pembedahan dan instrumental delivery

Wanita hamil lewat usia cenderung untuk melahirkan anak melalui kaedah caesarean dan forceps atau vakum.

BAYI
SUMBER Kristina Paukshtite daripada PEXELS.

Lazimnya, ia disebabkan bukaan lambat ketika bersalin.

Iklan

Bagaimana pula dengan bayi? Jelas pakar tersebut, si kecil itu cenderung untuk mendapat Syndromic baby. Sebagai contoh, mengalami sindrom down, sindrom Patau dan sindrom Edward. Hal tersebut tercetus kerana semakin meningkat usia, kualiti benih wanita dan lelaki semakin berkurangan.

“Selain itu, bayi juga akan kecil daripada usianya sebenar,“ ujarnya.

Sejajar dengan perkembangan semasa, adakah perkembangan teknologi perubatan boleh membantu mengurangkan komplikasi serius kepada wanita berusia yang ingin hamil?

BAYI
SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Menjawab pertanyaan itu, Dr Ahmad Zharif kembali menjelaskan tentang kaedah Artificial Reproductive Technology iaitu IVF dan PGS yang akan mengenal pasti masalah genetik yang ada di dalam embrio sebelum pemindahan dilakukan ke dalam rahim iaitu cara sama dilakukan oleh wanita India tadi.

“Selepas ibu itu hamil, doktor lakukan pemeriksaan seperti Triple Test Screening, Cell Free Fetal DNA Test dan imbasan secara terperinci untuk mengetahui risiko Syndromic baby,“ jelasnya.

Baca juga: Wanita hamil jangan pandang remeh tekanan darah tinggi, risiko sawan, pendarahan otak & tumbesaran baby terbantut

Baca juga: 10 tahun menanti anak, Julfekar sambut kehamilan isteri sebagai hadiah Hari Bapa paling bermakna

Iklan

Sehubungan itu, kata Dr Ahmad Zharif, usia yang terbaik untuk seseorang wanita hamil adalah sekitar 19 hingga 35 tahun.

Sebelum mengakhiri perbualan, pakar berkenaan turut menjawab mengenai dakwaan ibu yang hamil lewat akan melahirkan anak yang pintar.

“Dalam hal ini, mengikut satu kajian pemerhatian dari Universiti Havard, anak yang dilahirkan daripada ayah yang meningkat usia mempunyai kepintaran IQ yang tinggi sedikit berbanding dengan pasangan yang muda.

“Namun begitu, kita memerlukan banyak lagi kajian yang kukuh untuk membuktikan kesahihan fakta ini,“ kongsinya.-NUR SUHAIMA NORDIN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!