'Tak sangka saya pula kena attack.' Cermin belakang kereta diketuk dengan tukul, Safiq Rahim pula mangsa serangan

A
A
A

KETIKA negara sedang berduka dengan kejadian menimpa dua bintang Harimau Malaya, pemain tengah Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim pula menjadi sasaran penjenayah.

Bekas kapten Harimau Malaya itu dilaporkan menjadi mangsa serangan individu tidak dikenali malam tadi.

"Tak sangka saya pula kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga," kongsinya di laman sosial Instagram.

Baca juga: 'Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

Baca juga: Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian

Berikut kronologi kejadian yang berlaku di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor:

1-Menurut sumber, Safiq, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di sana, kira-kira jam 10 malam.

2-Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

3-Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan beliau memberhentikan kenderaan.

4-Dua lelaki terkenaan kemudian berhenti, menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian.

5-Susulan kejadian itu, cermin bahagian belakang kereta pemain tengah JDT itu pecah.

6-Safiq kemudian tampil membuat laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam.

Baca juga: Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

Kejadian itu adalah ketiga melibatkan pemain bola sepak negara. Terdahulu, pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Akhyar Rashid apabila cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Ia diikuti serangan simbahan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim di pusat membeli belah di Petaling Jaya pada Ahad. Susulan kejadian, pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan serius iaitu kelecuran tahap empat.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca