Tegur beri anak gajet punca 'speech delay', guru prasekolah mohon maaf, hanya tuju ibu bapa malas
MENDIDIK anak tidaklah semudah yang disangka. Setiap keluarga pasti diuji pelbagai rintangan dan dugaa. Antaranya apabila anak mengalami masalah speech delay atau lambat bercakap.
Speech delay adalah masalah pertuturan yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia merupakan kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak bercakap atau menghasilkan bunyi.
Berdasarkan garis masa perkembangan normal, si kecil sepatutnya mula menunjukkan perkembangan berikut pada 12 usia bulan.
Baca juga: Anak kecil lambat bercakap tidak semestinya mereka autisme, ini penjelasan pakar
Ia adalah melambai atau menunjukkan ke arah objek, menggunakan beberapa bunyi konsonan atau menyuarakan keperluan mereka.
Perihal mengenai speech delay telah diutarakan oleh seorang pengguna TikTok, Cikgu Ayu.
Guru prasekolah itu berkongsi pendapatnya ekoran isu seorang murid dibuang dari tadika lantaran membuang air kecil di dalam kelas.
Dia turut memberikan teguran secara terbuka di TikTok buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya perlu ke tandas.
Bagaimanapun, kelantangan itu malah mengguris hati pelbagai pihak. Menerusi pemerhatian SinarPlus, video berkenaan telahpun dipadamkan.
Dalam hantaran lain, pendidik itu menjelaskan ia ditujukan sebagai peringatan kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja.
@cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK.#cikguayusempoi♬ bunyi asal - Cikgu ayu
@cikguayu_imtecer Reply to @wanitakidal3001 ♬ bunyi asal - Cikgu ayu
Cikgu Ayu mengulas kenyataan berbunyi “anak speech delay, padan muka” adalah ditujukan buat segelintir ibu bapa yang gemar membiarkan anak mereka terdedah dengan gajet (telefon pintar) secara kerap tanpa kawalan.
“Kalau dah buat yang terbaik untuk anak, itu bagus. Tapi jika tak, ubahlah demi masa depan anak,” katanya.
Susulan dikecam selepas perkongsian terbabit, Cikgu Ayu membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Saya tiada niat untuk mencerca ibu bapa yang berpendidikan khas. Saya juga menerima murid seperti speech delay dalam kelas saya. Saya sedaya upaya mengajar mereka untuk menguasai bahasa dengan baik. Saya tidak pernah sisihkan mereka. Yang pernah buang air dalam kelas pun ada," katanya.
Jelasnya latihan ke tandas dan cerai lampin harus dilakukan sekurang-kurangnya pada usia kanak-kanak empat tahun. Namun mungkin ia disampaikan dalam nada yang kurang sesuai. Justeru guru itu memohon maaf.
@cikguayu_imtecerMaaf ya korang.. xde jniat nk merendahkan sesiapa… moga semua dipermudhkan urusan..♬ original sound - Cikgu ayu
Warganet meluahkan berharap para guru di peringkat prasekolah menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menangani masalah di sekolah.
Bagi anda yang berhadapan masalah lambat bercakap usah dibiarkan lama. Penting bagi ibu bapa membawa anak menjalani pemeriksaan lanjut dan menjalani terapi khas untuk menangani isu speech delay ini dalam kadar segera.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang