RAKAMAN persembahan pelatih jururawat (nurse) tular di laman sosial mengusik kenangan hingga muncul viral di laman sosial.

Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian penyanyi Indonesia, Ria Resty Fauzi dipersembahkan oleh pelatih kejururawatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada tahun 2013.

Video asal persembahan sempena majlis konvokesyen berkenaan dimuat naik pada 1 Disember 2013 hanya tular hampir 10 tahun selepas ia dimuat naik ke laman sosial TikTok baru-baru ini.

Baca juga: Pelukan terakhir nurse 9 hari sebelum meninggal, Zarif bagaikan tahu akan pergi, ibu kongsi kisah kehilangan genap 1,000 hari

Kalau kau benar sayang padaku,
Dan kalau kau benar cinta,
Ucapkanlah janji setiamu,

Kalau kau benar sungguh mahu,
Semua milikku untukmu,
Jiwa dan ragaku semuanya milikmu,

Bukanlah emas permata (intan berlian),
Juga bukan gemerlap dunia (bintang-bintang),
Bulan madu, aku pun tak minta,

Asalkan kita dapat berdua,
Aku pun bahagia,
Ke mana pun kau pergi, ku ajan ikut kamu,
Walau ke ujung dunia,

Jangankan Gunung Fujiyama,
Puncak Himalaya, ku ikut kamu,
Jangankan ke Kemboja,
Ke Ethiophia, ku ikut kamu,

Kalau memang kamu cinta aku,
Ke Kutub Utara, aku ikut kamu.

Begitulah bait lirik lagu yang dinyanyikan para pelatih kejururawatan lelaki dan wanita berserta pergerakan tarian yang menghiburkan.

Pada ruangan komen, muncul jururawat-jururawat yang terlibat. Ramai yang mendedahkan bahawa persembahan koir tidak asing bagi para pelatih.

Baca juga: [VIDEO] Nurse suruh pindah katil, pesakit warga asing, angkut tilam sekali

– “Masa konvokesyen saya ni. Saya di bawah sebagai penonton dan penerima Sijil Pos Basik Kejururawatan Kesihatan Awam. Persembahan ini ada empat buah lagu semuanya.”

– “Ingat masa jadi student nurse dulu, setiap pagi rutin menyanyi. Lebih kurang tiga buah lagi dinyanyikan sebelum mula sesi belajar. Jadi bab koir ni nurses memang power.”

– “Menyanyi memang wajib menyanyi ya dik. Pelbagai perkara kami wajib buat. Semasa saya dulu wajib mekap sekurang-kurangnya memakai gincu sebelum ke wad untuk buat praktikal .”

– “Bestnya ada throwback begini. Rindu, sekarang anak sudah tiga orang baru viral.”

– “Bestnya lagu, teringat masa student dulu. Be the best nurse. Saya mantan pengajar jururawat klinikal.”

– “Lagu ini buat semangat para pelatih kejururawatan berkobar-kobar.”

Iklan

Warga maya turut terpegun menyaksikan rakaman berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada para jururawat atas komitmen mereka dalam menjalankan tugas.

– “Mesti semua dah bertugas di pelbagai institusi kesihatan sekarang ni.Terima kasih atas jasa bakti dan pengorbanan anda Cik Nurse.”

– “Tahniah kepada semua jururawat dan doktor. Kerjaya yang mulia dan sangat mencabar.”

– “Nurse pun ada buat tarian ni masa di pusat kuarantin dan rawatan, sangat menghiburkan pesakit. Terima kasih atas khidmat yang diberikan, hanya ALLAH yang mampu membalasnya.”

Baca juga: Balik bertugas, doktor wanita, jururawat terlibat insiden helikopter terhempas, berikut kronologi kejadian

Iklan

frontliners Covid-19

Baca juga: [VIDEO]Terpaksa siapkan anak ke sekolah dalam kereta, kisah jururawat curi perhatian warganet

Sumber: TikTok, YouTube Kael Nafhael

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!