Terserempak gajah liar, jangan panik! Lakukan 10 tip elak diserang

A
A
A

PEMANDU jalan raya terutama di kawasan berhutan tidak dapat mengelak untuk terserempak dengan gajah liar yang berkeliaran atau melintasi lebuh raya.

Lokasi yang kerap muncul atau berlaku kemalangan dengan haiwan itu ialah Lebuh Raya Timur Barat Gerik-Jeli

Berikut 10 cara menyelamatkan diri daripada diserang gajah liar, ini yang perlu diketahui:

    1. Memandu secara berhemah.
    2. Perlahankan kenderaan apabila terdapat papan tanda kawasan lintasan hidupan liar.
    3. Tidak menggunakan lampu tinggi.
    4. Elak membunyikan hon.
    5. Tidak panik.
    6. Berdiam diri, jangan lakukan pergerakan dengan tiba-tiba dan berundur diri secara perlahan.
    7. Jangan membuatkan haiwan itu merasa terancam, ia mungkin mencetuskan tindak balas mengejut.
    8. Keluar daripada kereta juga berisiko dan perlu dielakkan sepenuhnya.
    9. Menggunakan kamera dengan cahaya lampu juga perlu dielakkan.
    10. Gunakan kaedah larian ‘zig-zag’ jika gajah mengejar untuk menyulitkannya kerana kesukaran menukar arah.

Baca juga : [VIDEO] Gajah serang kereta bergerak, 9 tip selamatkan diri daripada diserang gajah liar

Kredit foto: Pexels

Kredit foto: Pexels

Kredit foto: Pexels

Sinar Harian melaporkan, tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila diserang sekawan gajah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, berhampiran Hentian Rehat Titiwangsa pada Ahad.

Serangan dipercayai berpunca daripada pelanggaran kereta jenis Perodua Axia dengan seekor anak gajah.

Berikutan itu, kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian sisi kiri, bonet dan but selepas dipijak enam kawanan haiwan liar berkenaan manakala pemandu serta dua penumpang terbabit tidak cedera.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, serangan itu terhenti apabila anak gajah yang dilanggar itu bangun dan beredar dari lokasi kejadian.

Baca juga : [VIDEO] Gajah nakal jenguk dapur, pecah dinding untuk ‘curi’ beras

Sumber: Sahabat Alam Malaysia

Kredit foto utama: Pexels 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca