'Saham akhirat yang mengalir...' Kelab peminat Bella Astillah, Syed Saddiq wakaf telaga sebagai hadiah kahwin. Rare!
KELAB peminat pasangan selebriti Bella Astillah dan suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus memberikan hadiah sempena perkahwinan .
Dalam perkembangan terbaharu, Team BA'SS Official (TBO) menerusi laman sosial rasmi mereka berkongsi kejutan dengan mewakafkan sebuah telaga di Republik Guinea atas nama pasangan kesayangan mereka.
"Salah satu hadiah wedding Syed Saddiq dan Bella Astillah dari TBO adalah wakaf telaga air untuk penduduk kampung di Guinea. Kami mintak tolong @filaamir dan suaminya Adama untuk bantu uruskan pembinaan telaga air ini," kongsinya.
Difahamkan, projek telaga wakaf berkenaan mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan, yang tidak henti-henti menzahirkan rasa terima kasih melalui video yang dimuat naik.

Warga maya khususnya para peminat berterima kasih kepada pentadbir kelab berkenaan kerana menghadiahkan pemberian bermakna buat pasangan kesayangan mereka. Ujar mereka:
"Alhamdulillah, kita bersama-sama mendapat saham akhirat seperti air telaga yang mengalir. Terima kasih admin. Memang terbaik!"
"Syukur dan terima kasih kepada TBO kerana menjayakan hadiah yang sangat bermakna ini untuk pernikahan kesayangan kita #BASS. Semoga ini menjadi ladang pahala dan kebaikan"
"Alhamdulillah, bagusnya team BASS! Rasanya tak ada lagi yang buat hadiah macam ni dekat artis. Memang kagum!"
"Masya-ALLAH, Alhamdulillah. Hadiah perkahwinan yang tidak dijangka tetapi sangat bermakna. Team TBO memang yang terbaik! Sayang BASS dan sayang TBO!"
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
