BEBERAPA hari lalu, tular di media sosial apabila sejumlah individu mendakwa nama mereka didaftarkan automatik sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Adakah korang juga termasuk golongan Rela tanpa rela? Kejadian tersebut disedari ramai setelah membuat semakan mudah melalui sistem MyRELA dengan hanya memasukkan nombor Mykad.

Majoriti mempersoalkan kesahihan itu memandangkan tidak pernah mendaftar sebagai ahli Rela.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan pihak Rela mengumumkan akan menjalankan siasatan dalaman
berhubung dakwaan penyalahgunaan data peribadi orang lain untuk didaftarkan sebagai anggota jabatan terbabit tanpa kebenaran.

Selain itu, Rela turut menepis dakwaan bahawa pihaknya menggunakan data peribadi seseorang untuk didaftarkan sebagai anggotanya secara automatik tanpa mendapat kebenaran individu berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut perbuatan itu bercanggah dengan perkara dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Tiba-tiba ramai pula jadi ahli Rela tanpa rela. Begini ceritanya...

Pun begitu, Rela memahami kegusaran orang ramai berhubung perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman.

“Ini bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) berkuat kuasa,” katanya.

Tambahnya lagi, Rela tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran empunya diri.

Iklan

“Rela juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan yang mana anggota yang tidak aktif dan sudah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan.

“Bagaimanapun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 akta itu digantung sementara kerana Rela sedang menumpukan usaha melawan wabak Covid-19.

Baca juga Nak balik kampung, melancong tunggu hujung tahun capai Fasa 4

“Bagi anggota yang masih berminat untuk menyambung keanggotaan boleh berbuat demikian dengan memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah Rela ,” jelasnya.

Dalam pada itu, individu yang mendapati dirinya didaftarkan sebagai anggota Rela dan ingin membatalkan, sila hubungi 03-88703770 dan e-mel kepada pro_rela@moha.gov.my

Iklan

Sementara itu, menjengah ruangan semakan keahlian Rela di laman web myrela.moha.com.my mendapati ia dalam proses penyelenggaraan.

Jadi, jika korang salah seorang yang ‘tiba-tiba’ menjadi anggota Rela itu bolehlah menghubungi nombor telefon yang diberikan untuk membatalkan keanggotaan.