RUMAH dipecah masuk sehingga melibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM3.5 juta, usahawan kosmetik Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengakui masih trauma dan fobia.

Bercakap kepada wartawan, anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu meluahkan kesan emosi yang dihadapi beliau dan keluarga susulan kejadian pada awal Mac lalu.

“Anak saya, Faris mengalami fobia teruk kerana beliau yang pertama sampai di rumah. Keadaan bersepah, pintu terbuka kerana diselongkar. Beliau yang fobia teruk sebenarnya sampai sekarang.

“Awalnya dia tak boleh tidur sendirian. Dia tidur dengan saya, kasihannya,” ujarnya.

Baca juga: ‘Alhamdulillah.’ Jongkong emas di dasar sungai & barangan berjumlah RM2.1 juta ditemui, Kak KM luah kesyukuran

Ditebak dengan soalan mendedahkan kediaman menerusi portal hiburan menjadi asbab pecah rumah, Liana mendedahkan ia bukanlah punca.

Beliau dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas yang sangat cekap.

“Terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cekap dan amanah. Paling penting amanah, kerana selepas dua kali tangkapan, terus barangan yang hilang ditemui kecuali beg tangan mewah dan wang tunai, itu kami masih tunggu. Alhamdulillah terima kasih.

“Ya ALLAH DIA angkat doa Kak KM. Ia betul-betul rezeki yang halal hasil titik peluh saya, syukur,” katanya.

Baca juga: Simpati nasib murid berdepan trauma PTSD dan sering bertukar keluarga angkat, guru muda ini ambil tindakan luar biasa

Dalam pada itu, Liana turut menjawab persoalan wartawan berkaitan tindakan beraninya menyimpan jongkong emas di rumah.

“Sebenarnya saya hendak simpan di bank namun semua bank penuh. Bukan kerana bank penuh sebenarnya, tetapi ramai orang kaya di Malaysia ini. Jadi slot untuk saya tiada.

“Malah saya telah menelefon semua bank, semua penuh.

“Kena simpan sendiri sebab event sentiasa (ada) dan kami akan pakai setiap kali ada acara,” ujarnya.

Baca juga: Orang kaya baru, lelaki beli peti sejuk terpakai, jumpa duit hampir RM400,000

Baca juga: Gara-gara simpan RM90,000 dalam plastik hitam, ahli perniagaan tersilap buang diangkut lori sampah

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan empat pelaku ialah pengikutnya di laman sosial.

“Apabila sudah ditangkap, suspek mengaku sebagai follower tegar namun rupa-rupanya dengan saya sekali dia hentam.

“Dia pernah datang rumah untuk beli barang, sebenarnya dia hendak tengok selok-belok dalam rumah.

“Mereka tidak pernah masuk ke dalam rumah, hanya berada di kawasan rumah untuk membeli barangan jualan saya dan berurusan dengan staf,” katanya.

Iklan

Susulan kejadian pecah rumah yang menggemparkan negara tempoh hari, wanita berkenaan mengambil langkah meningkatkan tahap keselamatan dan berpindah ke kediaman lain.

“Trauma dan fobia masih ada, nak tidur pun tak boleh. Saya sekarang sedang dalam proses menukar semua pintu dan besi tingkap.

“Saya akan berpindah rumah kerana sudah tidak boleh (tinggal di sana). Pertama kali dalam hidup, tidak pernah terjadi begini,” katanya.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kes pecah rumah yang melibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM3.5 juta.

Kejadian di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur itu menjadi perhatian warga maya susulan melibatkan sebuah peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai anggaran lebih kurang RM3 juta!

Kecekapan PDRM membawa kepada penemuan empat jongkong emas yang ‘disembunyikan’ di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

Selain jongkong emas, pihaknya juga dapat menemukan semula beberapa barang pengadu yang dilaporkan hilang antaranya 15 utas rantai emas, 14 utas gelang emas, cincin emas, tujuh beg tangan, loket emas dan wang tunai di sebuah rumah di Batu Pahat.

Iklan

 

Keseluruhan barangan yang ditemukan dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Siasatan awal mendapati suspek utama mempunyai 20 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain kesemua suspek dipercayai aktif terlibat dalam kes pecah rumah di Selangor dan Kelantan serta mensasarkan kediaman influencer sebagai target dalam modus operandi mereka.

Sumber: Facebook mStar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!