Tiket konsert Coldplay dijual semula hingga RM43,000 keterlaluan, ini respon menteri
Tiket konsert Coldplay dijual semula hingga RM43,000 keterlaluan, ini respon menteri
BELI tiket konsert Coldplay kemudian dijual semula dengan harga RM43,000?
Tindakan beberapa individu menjual semula tiket konsert siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay dengan harga yang tinggi mengundang kecaman orang ramai.
Bukan itu sahaja dalam perkembangan terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut menyatakan perkara itu melampau dan bakal mengambil tindakan.
Fahmi menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan beliau dan Menteri Perdagangan Dalam negeri & Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub akan bertindak bagi menyelesaikan masalah yang sedang menjadi bualan hangat warga maya itu.
"Ini keterlaluan. Isu tiket di bawah Kementerian Perdagangan Dalam negeri & Kos Sara Hidup. Insya-ALLAH saya bangkit dengan Salahuddin Ayub," ciapnya.
Tinjauan di media sosial mendapati, ada yang bertindak menjual tiket konsert Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur November nanti sehingga mencecah RM43,200.
Hal tersebut berlaku selepas tiket untuk konsert berkenaan habis dijual dalam tempoh tiga jam berikutan permintaan luar biasa peminat.
Bagaimanapun, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab licik mengambil kesempatan menawarkan harga tidak masuk akal bagi mengaut keuntungan peribadi.
Difahamkan, tiket tersebut bagi tempat duduk di kategori 1 di mana harga asal yang dijual di laman web rasmi Go Live-Asia ialah hanya RM1,288.
Baca juga Konsert Satu Suara Vol. 3 capai sasaran, Siti mahu adil pada peminat
Menurut individu yang menjual tiket tersebut, ia dijual kepada orang berkemampuan sahaja dan pertukaran dengan motosikal adalah tidak diterima.
Susulan daripada itu, ramai peminat kumpulan tersebut yang menggesa agar pihak penganjur mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal.
Jadi tindakan terbaik, anda jangan sesekali membeli tiket tersebut pada harga melampau dek kerana terdesak mahu menghadiri konsert.
Dengan ini, anda boleh menghapuskan budaya scalper yang kian menular di negara kita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang