Tip bahagiakan pasangan, elak guna 'silent treatment'

No Image Caption
A
A
A

MENDIAMKAN diri atau silent treatment adalah suatu tindakan yang diambil oleh seseorang daripada berbicara dan bersikap dingin dengan pasangan, bertujuan sebagai hukuman kepada pasangan dan rasa kesal dengan tindakannya yang mengguris hati.

Adakah ia tindakan yang betul?

Mungkin kita merasakan ianya betul dan tepat, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyiram racun dalam rumah tangga tanpa kita sedar.

Apakah ciri-ciri silent treatment?

Antaranya:

i) Menolak untuk berbicara, melakukan kontak mata, menjawab panggilan atau membalas mesej daripada pasangan.

ii) Bersikap acuh tak acuh dengan pasangan.

iii) Menggunakan kemarahan dan permusuhan untuk membuat pasangan diam.

iv) Bersikap dingin berhari-hari atau bahkan sampai berminggu-minggu lamanya.

v) Menjadikan ‘diam’ sebagai solusi bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Sebenarnya, silent treatment boleh dikategorikan sebagai tindakan abusive yang boleh mengakibatkan kepada penyakit mental terhadap pasangan.

Menurut Imam Muda Hassan Adli, Nabi Muhammad SAW pun mengajarkan kita supaya elakkan untuk tidak bercakap dengan saudara kita lebih dari tiga hari, apatah lagi dengan pasangan, kerana ia akan membawa kepada permusuhan dan rosaknya hati.

Jadi bagaimana ingin menanganinya?

Mudah sahaja. Berikut tip yang boleh dijadikan panduan:

i) Kirimkan bunga ke tempat kerja pasangan.

ii) Memulakan komunikasi dengan humor atau yang menyeronokkan.

iii) Bila berlakunya konflik, jangan diam! Cepat-cepat ajak pasangan keluar makan malam atau lakukan aktiviti hobi bersama sambil berbincang masalah yang dihadapi.

Ingat, silent treatment bakal mengundang kepada ‘silent killer’ jika tidak diubati dengan segera.

Ia bukan sahaja boleh merencatkan emosi seseorang malah akan mengundang pelbagai lagi masalah kesihatan lain.

Lebih parah, jika ia berlarutan akan memberi impak kepada kesihatan mental seseorang.

Jadi, ‘say no to silent treatment’.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca