Tular foto longgokan kerang di pantai rupanya di Mesir
MENU kerang amat digemari masyarakat kita. Antara yang paling menjadi pilihan ramai adalah kerang bakar dicicah sambal kicap atau air asam.
Selain itu, kerang juga sesuai untuk dimasak rendang, sambal, rebus dan sebagainya.
Seperti baru-baru ini tular beberapa foto menunjukkan longgokan kerang di sebuah pantai dan turut menjadi perhatian warganet yang rata-rata menggemari makanan laut itu.
Rupa-rupanya ia bukan di negara kita tapi di Pantai Dumyat, Mesir.
Menerusi posting seorang pengguna Twitter @meccaelbernardi, foto longgokan kerang yang terdampar di pantai itu adalah kiriman daripada follower yang menetap di sana.
Kata pengirim yang juga penuntut jurusan perubatan di Iskandariah, fenomena tersebut adalah disebabkan ketibaan musim sejuk yang bakal melanda Bumi Anbiya’ itu dan ia sebenarnya merupakan perkara biasa setiap tahun.
"Setiap kali musim sejuk, lautan kerang akan naik ke persisiran pantai sejauh mata memandang."Waktu inilah masa yang terbaik untuk mengutip kerang yang besar dan segar. Syurga buat peminat kerang!
"Ada segelintir pengunjung terus perisi isi kerang, proses buang pasir dengan merebus kali pertama di pantai itu juga sebelum dibawa pulang. Kena bawa tong gas dan periuk la ke pantai," tulisnya menerusi aplikasi WhatsApp.
Baca juga “Jika sedang mencintai lelaki tidak solat, carilah lain”
Menurutnya, ada juga yang usung bawa balik terus ke rumah berguni-guni dengan menaiki van.
"Tidak kurang juga ada yang menjual isi kerang kepada pelajar lain, dibuat pelbagai menu kerang yang susah didapati di Mesir, disebabkan orang Arab jarang jual di pasar kerana mereka tidak makan kerang."Namun ada juga kisah sedih yang datang dari jauh tetapi kerang tidak naik ke dataran dan kerang yang naik sudah dimakan oleh burung-burung di situ.
"Tapi ada satu benda yang anda kena tahu tentang kerang besar ini. Kerang ni sangatlah liat dan penuh berpasir. Jenuh kunyah dan telan pasir haha," ujarnya.
Perkongsian tersebut rata-rata memberikan reaksi teruja di kalangan warganet dan masing-masing turut berkongsi nama menu yang digemari.
Mawar BerduriRose - Sedapnya kalau dapat makan kerang rebus dengan air asam.noideas - Rebus atau bakar... bawak sambal kicap + cili api + jus limau + bawang hiris! Perghhhh!
nilnaGem stone - Datang ah sini, orang Arab tak makan so ambiklah sebanyak mana kau nak.
@Annamria_ - Weh nak nangis tengok! Kecur air liur tengok kerang!
Ain - Kalau buat sambal kerang ni sedap amat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang