MUNGKIN bagi sesetengan individu sudah menjadi perkara biasa tinggalkan anak seketika di dalam kereta untuk beli barang atau singgah di mana-mana kedai.

Nampak seperti perkara remeh namun mengundang pelbagai bahaya sebenarnya!

Telah banyak kes-kes yang berlaku di mana ibu bapa terlupa anak-anak mereka yang ditinggalkan dalam kereta hingga ada antara mereka yang maut akibat kekurangan oksigen atau mengalami kemalangan apabila cuba menggerakkan kenderaan sendiri.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Walaupun tingkap dibuka, ia tidak membantu haba untuk mengalir keluar dan strok haba juga tetap boleh menyerang pada bila-bila masa.

Malah, sebuah kenyataan mendapati cuaca di Malaysia boleh menyebabkan suhu badan anak boleh meningkat sehingga 70% dalam masa satu jam sahaja.

Ternyata, ia adalah perbuatan yang amat merbahaya dan tidak patut menjadi kebiasaan kita.

Tahukah korang, ia adalah satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa sekiranya didapati melakukannya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah hantaran di media sosial Facebook.

Tinggal anak dalam kenderaan denda RM50,000 atau penjara tak lebih 20 tahun bakal menanti

Menurut hantaran tersebut, PDRM mengingatkan bahawa kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jika disabitkan kesalahan, akan dikenakan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tiada alasan! Tiada kompromi! Kealpaan anda boleh membawa padah. Jangan sesekali kita ambil ringan,” katanya.

Sementara itu ini tiga kes yang pernah berlaku di negara kita;

Iklan

1. Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun maut selepas lebih dua jam ditinggalkan kepanasan dalam kereta oleh ibunya di tepi jalan rumah di Taman Aman 1, Lahad Datu, Sabah pada 12 Jun 2019.

2. Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dan adik lelakinya berusia sembilan bulan terperangkap lebih setengah jam apabila terkunci dalam kereta bapa mereka di Bandar Sunway, Selangor pada 30 November 2018.

Baca juga Keadaan diri semakin gelisah kerana Covid-19, atasi dengan 5 langkah bagi mengurangkannya

Iklan

3. Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap hampir satu jam di dalam kereta bapanya di Parit Nasir, Parit Buntar, Perak selepas tertekan punat kunci pintu di dalam kenderaan itu pada 28 Julai 2017.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)