PEMPENGARUH media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad menyatakan dia sudah menarik balik atau ‘take out’ video cium batu Hajar Aswad dari Instagram (IG).

Ia susulan pelbagai kritikan dan dan kecaman yang diterima daripada pengguna media sosial.

“Masya-ALLAH, saya terima DM semua baik-baik. Di media sosial, ada pandangan yang baik dan ada yang sebaliknya. Lihat dan dengar apa yang saya sampaikan.

“Untuk pandangan yang baik, maaf kerana saya take out video itu supaya tidak kita bertelagah pada pandangan selain itu.

“Kepada pandangan sebaliknya, terima kerana berkongsi ilmu kepada saya hamba yang lemah ini. Insya-ALLAH kita terus bersahabat,” titipnya.

Baca juga: Bergelut demi staf cium Hajar Aswad, tindakan Hafiz Mahamad undang kritikan. ‘Umrah adalah ibadah, bukan pelancongan kerohanian’ – Dr Zulkifli

Dalam hantaran sama, suami kepada Syafiqah Aina itu menjelaskan telah mendapat pandangan daripada beberapa orang individu sebelum memuat naik video berkenaan di laman sosial miliknya.

Malah kata Hafiz pada peringkat awal beliau menerima banyak komen yang positif.

“Semalam sebelum saya kongsi video itu, sebenarnya saya dah minta pendapat beberapa orang dan alhamdulillah pendapat mereka positif.

“Apabila saya kongsi video itu, sejam, dua jam yang pertama itu masya-Allah saya dapat DM yang positif. Ada yang tengok da berkata: Ya ALLAH teringinnya nak pergi. Ya ALLAH, rupanya situasi dia macam ini. Kena prepare diri daripada sekarang, fizikal dan mental.

“Ada pendapat-pendapat juga yang saya tanya semalam semuanya cakap bermula dengan niat,” jelasnya.

Baca juga: Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi! 

Katanya lagi, umrah kali ini adalah kali pertama dia berkongsi video seperti itu selepas lebih tujuh kali dijemput ke Tanah Suci. Perkongsian itu ujar Hafiz sebagai kenangan selain mewujudkan sifat keberanian kepada umat Islam yang akan berkunjung ke Tanah Suci Makkah satu hari nanti.

“Niat saya sebenarnya apabila saya kongsi perkara itu,pertama bukanlah kerana untuk riak ataupun takbur tetapi Alhamdulillah ALLAH jemput ke sini lebih daripada tujuh kali. Setiap tahun saya akan bawa staf saya.

“Saya akan pesan dekat staf sebelum berangkat ke bumi ALLAH. Jangan tengok food hunting saja. Cuba untuk manfaatkan (waktu di sana). Cuba cium batu Hajar Aswad, cuba solat di depan Kaabah walaupun keadaan dia sukar. Saya tak nak mereka nanti balik rasa ralat. Setiap tahun saya bawa team, dua atau tiga hari pertama di Makkah, kerja saya sudah macam mutawif. Alhamdulillah team kat sini semua dapat cium Hajar Aswad.

“Selama tujuh tahun saya ke sini, saya tak pernah lagi saya kongsi video (seperti) semalam. Saya mula-mula rasa video itu untuk saya jadikan kenangan dan boleh wujudkan keberanian juga kepada sahabat-sahabat saya untuk datang ke sini. Maksudnya bila saya sampaikan video semalam, mereka dah prepare. Ada cabaran dalam beribadah. Kena prepare daripada sekarang,” jelasnya.

Baca juga: Buat kejutan hadiahkan isteri, ibu bapa mentua pakej haji sempena birthday, Hafiz Mahamad undang air mata warganet

Baca juga: Bantu orang ramai memerlukan, Hafiz Mahamad sedia 10 bas balik raya

Iklan

Baca juga: Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

Jelas Hafiz, beliau bukan berlagak hero sebaliknya hanya menjelaskan agar jemaah lain bersabar kerana terdapat wanita dan kanak-kanak. Malah beliau memohon maaf sekiranya video itu telah mengundang pelbagai persepsi dan kritikan.

“Saya tolong team bukan nak jadi hero tapi harapnya benda itu boleh dicontohi oleh team saya juga. Kalau awak tengok video saya semalam, saya tahu mana nak masuk dan masuk cara tidak menyakitkan.

“Yang saya dekat atas, bukan saya marah-marah. Saya cuba beritahu kerana disitu bising. Saya beritahu mereka untuk sabar dan jangan tolak. Ada wanita dan kanak-kanak di sini.

“Jangan takut untuk mencuba walaupun perkara itu sunat. Itu sahaja niat saya untuk wujudkan keberanian dalam diri sahabat,” tutur Hafiz.

Iklan

“Maafkan saya jika video yang saya kata kenangan itu mewujudkan banyak persepsi kepada sahabat-sahabat semua.

Terdahulu, Hafiz mendedahkan bahawa pekerjanya berhajat untuk mencium Hajar Aswad.

Pasukan mereka melalui pelbagai cabaran termasuk terpaksa berhimpit dengan jemaah lain untuk mencium batu suci berkenaan.

Influencer berusia 31 tahun terpaksa ‘bergelut’ sehingga kain ihram dipakainya hampir terlondeh sehingga kesemuanya berjaya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!