HAFIZ Mahamad suka membuat kejutan buat orang yang disayangi, para pekerjanya dan orang awam.

Terbaru, influencer dan usahawan itu memberikan hadiah bermakna sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Syafiqah Aina Abdul Wahab yang ke-29 pada 18 Jun lalu.

Pemilik jenama Ainaa Beauty dan Aina Clinic itu menghadiahkan pakej menunaikan haji buat isteri dan ibu bapa mentuanya.

Menurut Hafiz, segalanya berlaku seolah tepat pada waktu apabila visa haji mereka lulus beberapa hari sebelum itu.

Baca juga: Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi!

“Sayang, ALLAH sayang awak dan abang syukur diizinkan-NYA menumpang rezeki awak.

“Dari tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nak bawa mama ayah pergi haji.

“Kami usahakan tahun ni sama-sama dan saya tak sangka visa lulus tiga hingga empat hari sebelum birthday Aina.

“Saya sembunyikan berita ni untuk beritahu pada hari ulang tahun kelahiran Aina.

“Masya-ALLAH, ini semua sebab awak terlalu baik Ainaa. Tahniah sayang, selamat hari lahir isteriku,” titipnya.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 30 tahun itu turut menghasilkan sebuah dokumentari yang menyentuh hati tentang si isteri.

Ditayangkan di sebuah panggung wayang, para pekerja turut diundang.

Hafiz sebelum ini pernah tular memberi kejutan menaiki limousin, bot persiaran mewah dan menghadiahkan kereta jenama Honda buat Syafiqah Aina pada ulang tahun kelahiran.

Menyifatkan diri menumpang rezeki isteri, Hafiz sudah 55 kali membuat suri hatinya itu gembira dengan pelbagai elemen ‘surprise’.

Baca juga: Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

Syafiqah Aina yang menerima hadiah bermakna menzahirkan rasa syukur dan memohon titipan doa agar urusan menunaikan ibadah haji dipermudahkan.

“Hadiah terindah daripada ALLAH pada usiaku 29 tahun.

“Doa dan impian yang menjadi kenyataan, insya-ALLAH.

“Setiap hari doa agar ALLAH jemput jadi tetamu-NYA dan mudahkan urusan.

“Alhamdulillah rupanya Hafiz simpan rahsia ini sudah lama untuk beritahu pada hari yang indah ini.

Iklan

“Doakan Aina, Hafiz dan keluarga dijemput ALLAH untuk menjadi tetamu-NYA menunaikan haji beberapa hari lagi,” titip Aina.

Baca juga: Bantu orang ramai memerlukan, Hafiz Mahamad sedia 10 bas balik raya

Turut tersentuh dengan video yang dikongsikan, warganet menitipkan doa agar yang segala urusan keluarga pempengaruh itu dipermudahkan.

– “Lelaki macam Hafiz Mahamad satu dalam 300 juta pun susah nak jumpa. Wanita bukan mahukan kekayaan tetapi effort dan usaha untuk sentiasa setia ada di sisi.”

– “Jarang saya keluar air mata untuk content lain, terasa ikhlasnya. Alhamdulillah syukur.”

– “Terima kasih kepada insan yang bernama Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina. Terima kasih sebab buat Ayah dan Mama menangis untuk sesuatu yangg mereka hajatkan dalam hidup,”

– “Ya ALLAH the best gift ever. Doakan kami pun dipanggil ALLAH untuk menunaikan haji.”

Iklan

– “Allahuakbar, tahniah sahabat hari terindah untuk family Hafiz dan Aina , semoga maju jaya. Happy dan terharunya perasaan tengok kehidupan dan cara Hafiz dan wife.”

Sebelum ini Hafiz menghadiahkan pakej menunaikan haji buat ibu bapanya yang tercinta.

Beliau dan Syafiqah Aina berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan dua permata hati iaitu Raisya Arisa, 4, dan Rayqal Arees, 11 bulan.

Baca juga: Cuti, bonus sebulan gaji, instafamous Hafiz Mahamad buat kejutan untuk staf lepas terima dua anugerah

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad, Syafiqah Aina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi