Ubat demam boleh atau tak simpan dalam peti sejuk? Dr Malar jelaskan kekeliruan

Ubat demam boleh atau tak simpan dalam peti sejuk? Dr Malar jelaskan kekeliruan
Ubat demam boleh atau tak simpan dalam peti sejuk? Dr Malar jelaskan kekeliruan
A
A
A

Ubat demam boleh atau tak simpan dalam peti sejuk? Dr Malar jelaskan kekeliruan

SEBAGAI ibu bapa pastinya anak dilanda demam merupakan satu perkara cukup merisaukan.

Bila bercakap tentang demam kita secara tidak langsung akan turut membicara tentang ubat demam atau paracetamol dalam bentuk cecair.

Setiap kali anak demam pasti doktor akan memberikan preskripsi ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair.

Namun tahukah anda ubat demam cecair sebenarnya boleh atau tidak disimpan dalam peti sejuk?

Baca juga Celoteh fasih berbahasa Melayu, Dr Malar tak sangka dipilih muka depan majalah

Dr Malar

Ini cara penyimpanan ubat demam yang betul oleh Pegawai Perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr Malar Santhi Santherasegapan.

1. Ubat demam yang belum dibuka penutupnya boleh disimpan luar peti sejuk pada suhu bilik.

2. Ubat yang telah dibuka hendaklah disimpan dalam peti sejuk.

3. Setelah disimpan jika hendak diberi pada anak, ubat tersebut haruslah diletak pada suhu bilik terlebih dahulu dalam 10 hingga 15 minit.

4. Setelah memberi anak ubat demam tersebut perlu diletakkan semula dalam peti sejuk.

5. Ubat yang telah dibuka itu jika masih ada baki elok diminum hanya dalam 14 hari daripada hari pertama anda membuka botol tersebut.

Baca juga Betul ke makan panadol boleh sakit buah pinggang? 7 info Dr Malar jelaskan kekeliruan

Kredit foto: Lisa Fotios

6. Namun ubat itu masih boleh diguna untuk dos pertama (emergency) sahaja bagi anak demam dalam masa 6 bulan. Dos pertama bermaksud sekali makan sahaja sementara anda membeli ubat demam yang lain.

7. Selepas enam bulan, ubat demam itu telah hilang keberkesanannya kerana suhu tak tetap kerana buka tutup peti sejuk, struktur dan ikatan kimianya sudah tidak ideal. Belum basi tapi sudah menjadi tidak terbaik akan menjadikan demam sukar untuk kebah. Maka buanglah ubat itu, boleh guna untuk satu dos sementara beli ubat baru sahaja.

Baca juga Jangan silap makan panadol, ini jenis-jenis panadol yang wajib kita tahu fungsi dan kegunaannya

8. Jika lebih enam bulan ubat demam itu haruslah dibuang. Jangan disimpan lagi.

Moga situasi simpanan ubat demam anak ini dapat membantu merungkai kekeliruan golongan ibu-ibu.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca