BETULKAH memakan ubat penahan sakit akan mengakibatkan masalah kepada buah pinggang?

Ramai yang mengalami masalah sakit gigi, kepala, otot dan lain lain akan makan ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan.

Ubat tahan sakit atau dikenali sebagai analgesik boleh didapati melalui preskripsi atau bukan preskripsi. Jenis-jenis ubat analgesik merangkumi paracetamol (juga dikenali sebagai acetaminophen), non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan opioid.

Pegawai Perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr Malar Santhi Santherasegapan merungkai kekeliruan orang ramai berkenaan ubat penahan sakit yang kerap kali dirujuk sebagai Panadol.

Baca juga: Jangan silap makan panadol, ini jenis-jenis panadol yang wajib kita tahu fungsi dan kegunaannya

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

“Betul ke makan kalau Panadol nanti lama-lama boleh dapat sakit buah pinggang? Semua Panadol ke sesetengah jenis je? Meh nak cerita sikit,” kongsinya.

Kata Dr Malar, Panadol adalah nama jenama bukan nama ubat. Ia adalah nama jenama. Seperti mana masyarakat kita merujuk mi segera dan ubat gigi sebagai Colgate.

“Jadi ingat, Panadol adalah nama jenama untuk ubat Paracetamol,” ciapnya.

Baca juga: Panadol bukan untuk sayur, petua tidak relevan dan boleh memudaratkan. Ini 2 cara mudah pastikan herba tahan lebih lama

Berikut tujuh info menjelaskan persoalan di atas:

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

1-Sebiji Panadol atau Paracetamol tidak akan ‘stay lama-lama’ dalam tubuh kita dan menyebabkan rosak organ dalaman lima tahun kemudian. Itu pemahaman yang salah.

2-Sebiji Paracetamol (yang dimakan) sudah keluar daripada tubuh pada hari yang sama.

3-Paracetamol yang diambil untuk demam atau sebagai tahan sakit, diserap melalui usus, dan diproses di hati dan dikeluarkan melalui tubuh kita melalui air kencing.

4-Jadi, bila kita makan Panadol/Paracetamol, organ dalaman hati dan buah pinggang kena bekerja.

5-Namun apabila sebiji Panadol/Paracetamol dimakan setiap hari berminggu minggu, berbulan-bulan sehingga menjadi tahun, itu berpotensi merosakkan organ dalaman iaitu hati dan/atau buah pinggang.

6-Kesimpulannya, kalau Panadol/Paracetamol atau apa-apa ubat tahan sakit dimakan terlampau kerap, itu boleh merosakkan organ dalaman tubuh!

7-Berhati-hati, pantau orang tua. Pastikan ubat diambil dengan arahan doktor.

Iklan

Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malausia menjelaskan pengambilan dos berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang serius.

Dos maksimum untuk orang dewasa adalah empat gram dalam tempoh 24 jam.

Dos maksimum untuk kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang dewasa. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membaca label pada produk dan mengikuti arahan yang tertera pada label.

Baca juga: Dakwaan ambil panadol, pain killer boleh sebabkan ketagihan hanya mitos

Iklan

Sumber: Twitter @celotehdrmalar, MyHealth

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi