BILA sebut sahaja Dr Malar, pasti ramai yang telah mengenalinya yang juga aktif berkongsi maklumat di
laman sosial TikTok.

Mana tidaknya, Dr Malar yang fasih berbahasa Melayu sering menggunakan bahasa yang amat mudah
difahami khususnya apabila memberi maklumat berkenaan Covid-19.

Dr Malar atau nama sebenarnya Dr Malar Santhi Santherasegapan adalah seorang doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Kuala Lumpur.

Memang tidak dapat dinafikan penyampaiannya memberi maklumat perihal perubatan yang bersahaja
membuatkan orang ramai ‘jatuh hati’ dan tertarik dengan penjelasan sesuatu perkara.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dr Malar

Dalam perkembangan terbaharu, beliau kini dipilih menjadi muka depan sebuah majalah. Wah… Tahniah
Dr Malar!

Iklan

Menerusi Twitter, Dr Malar memberitahu yang dia telah pun dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menjadi wajah hadapan majalah edisi September nanti.

Menurutnya, dia tak sangka niatnya untuk berkongsi ilmu secara santai telah menarik perhatian ramai
orang.

Iklan

“Terharu bila niat saya nak kongsi ilmu secara santai, sebenarnya menarik perhatian beberapa pihak,
sesungguhnya saya tak sangka langsung.

“Ye lah, saya ni kongsi ilmu, berceloteh bagai guna bahasa santai je, langsung tak formal, tak fikir
imej korporat lah, professional lah, saya belasah je.. Dapatkan edisi September nanti tau!

“Terima kasih seribu daun keladi semua! Chayang uols semua #celotehdrmalar,” coretnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya tumpang bangga dengan pencapaiannya.

Ujar mereka;

“Congrats Dr Malar. We don’t know each other but as a father of Pompe (rare) disease child, hope you
too could help elevate awareness about rare disease in Malaysia to save more innocent lives.”

“You deserved all the attention Doc. Keep up the good work and the community service announcements or edutainment videos.”

Baca juga [VIDEO]Kreatif! Video isteri terbang masuk kereta dapat pujian, 7 juta tontonan

“Huyyoo from TikTok to magazine cover. Congrats, u deserve this. Because of you i got a reliableand
strong fact to argue with antivaxx.”

“Dr deserve more than this. Spread the truth, fight the mitos. Kudos.”

“Doc, you sound sweet cakap bahasa Melayu, orang Melayu sendiripun belum tentu dapat aura macam ni, keep rocking.”