ORANG ramai kini boleh membuat pemindahan dana ke dalam akaun Tabung Haji dengan lebih mudah menerusi perkhidmatan JomPAY.

Ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Tabung Haji (TH) dalam usaha menuju ke arah digitalisasi dengan menambah baik perkhidmatan digital kepada para pendepositnya.

Sebanyak 28 buah bank di Malaysia menyediakan kemudahan ini menerusi platform perbankan internet masing-masing.

Melalui JomPay, para pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad dalam kenyataan berkata, pengenalan ini secara tidak langsung dapat memudahkan lagi urusan para pendeposit.

Melaluinya juga, mereka boleh memindahkan dana daripada akaun simpanan atau semasa ke akaun simpanan TH melalui platform perbankan internet yang sedia ada.

Menurutnya, jumlah transaksi pendeposit yang menggunakan kemudahan perbankan internet dan pelbagai saluran dalam talian telah meningkat kepada hampir 80 peratus berbanding transaksi yang dilakukan di kaunter.

Urusan perbankan Tabung Haji lebih mudah, hanya guna JomPAY

Iklan

Dengan kemudahan tambahan ini akan memudahkan lagi para pendeposit untuk berurusan dengan TH.

Lebih menariknya lagi, kemudahan ini tersedia secara percuma tanpa sebarang proses pendaftaran yang diperlukan.

Baca juga Isi borang permohonan BPR percuma! LHDN ingatkan orang ramai supaya tidak tertipu

Iklan

Untuk makluman, JomPay Biller Code bagi simpanan TH adalah 60228 dengan 15-digit nombor Akaun Simpanan TH perlu dimasukkan sebagai Ref-1.

Wah! Lebih senanglah berurusan dengan TH.