Ustaz Ebit utamakan nafkah keluarga, kongsi tip rezeki berkat
SERING kali kita dengar mengenai keberkatan rezeki, namun pernahkah kita terfikir apakah maksud sebenar di sebalik ungkapan yang sering disebut-sebut ini?
Perkataan berkat berasal dari Bahasa Arab, iaitu barakah yang membawa maksud bertambah atau berkembang.
Konsep mencari keberkatan sepatutnya sentiasa ada dalam kehidupan seorang muslim kerana ia adalah bekalan yang boleh membantu kita untuk kehidupan yang lebih tenang.
Mungkin, tanpa kita sedar sebenarnya kita ada mempraktikkan sikap mengejar keberkatan dalam hidup sendiri, namun ada juga yang tidak menyedari hakikat dan kepentingannya.
Keberkatan yang Allah beri boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti keberkatan dalam umur dan amalan, kesihatan mahupun harta benda.
Sebagaimana dalam beberapa hadis yang menyebut bahawa, Allah amat menyayangi hambaNya yang bersungguh dan tidak lalai dalam melakukan pekerjaan kerana ia adalah amanah yang perlu dilakukan dengan baik.
Dengan itu, barulah keberkatan rezeki bakal menyusul yang akan menarik kepada ketenangan hidup serta kecukupan yang ada.
Jadi, bagaimana untuk meraih keberkatan rezeki?
Ini yang dikongsikan pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit dalam Channel Telegram miliknya.
1. Niatkan melakukan pekerjaan kerana Allah dan untuk meraih pendapatan yang halal serta boleh membantu kepada perkembangan diri dan orang sekeliling.
2. Lakukan pekerjaan dengan baik. Walaupun tiada yang sempurna, namun kita boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik.
3. Amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa serta harta.4. Elakkan daripada melakukan pekerjaan yang syubhah (ragu-ragu) dan haram.
5. Dalam bekerja, jangan lupa untuk beribadah kepada Allah kerana pada hakikatnya, rezeki itu datang dariNya.
6. Bersyukur dengan perkara yang diperoleh walau sekecil-kecilnya.
7. Zahirkan syukur dengan perbanyakkan sedekah dan membantu orang yang memerlukan.
8. Utamakan nafkah kepada keluarga.
9. Belajar untuk menerima teguran dan berusaha memperbaikinya agar boleh melakukan yang lebih baik.10. Kurangkan mengeluh atau melihat kepada masalah sebaliknya cari solusi di atas setiap yang berlaku.
11. Di samping menjaga hubungan dengan Allah, jaga juga hubungan dengan sekeliling dan rakan sekerja.
Baca juga Saluran NTV7 tamat operasi, diganti dengan DidikTV KPM selepas 23 tahun bersiaran
12. Amalkan zikir dan amalan sunat yang boleh menarik rezeki.
13. Perbanyakkan istighfar untuk menghapus dosa-dosa kecil yang dilakukan.
Semoga kita dapat amalkan sebaiknya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang