JULAI lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan semua universiti dibuka untuk pengajian pada Oktober 2020.

Namun, berikutan peningkatan kembali kes pandemik Covid-19 di Sabah dan beberapa negeri zon merah, Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa memutuskan penangguhan kemasukan pelajarnya.

Penangguhan kemasukan pelajar dari Sabah ke kampus universiti itu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali berkata selain bimbang risiko keselamatan pelajar, ia juga selaras dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi dan mesyuarat terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Universiti semalam,” katanya.

Kata beliau, tempoh notis berkenaan tertakluk kepada sebarang perubahan atau pekeliling pengurusan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Iklan

“Jika terdapat sebarang masalah, bantuan atau pertanyaan lanjut, pelajar boleh hubungi Pusat Penginapan Pelajar (SAC) di talian 04-928 4154/04-928 4184 atau pejabat Dekan Hal Ehwal Pelajar di talian 04-928 4010,” katanya.

Artikel berkenaan: 28,000 pekerja Disney bakal diberhentikan, tanggung rugi puluhan juta

Kelmarin, UUM memaklumkan sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda sesi 2020/2021 secara bersemuka di universiti itu ditangguhkan.

Iklan

Hendrik berkata lagi, pendaftaran yang dijadualkan pada 5 dan 6 Oktober ini ditangguhkan kepada 23 dan 24 Oktober 2020, manakala program Minggu Suai Kenal bermula 7 sehingga 8 Oktober berlangsung secara dalam talian.

“Sesi pendaftaran kemasukan pelajar lama secara bersemuka bagi sesi 2020/2021 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober diubah kepada 31 Oktober 2020.

“Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang akan bermula 11 Oktober depan tetap dilangsungkan secara dalam talian,” katanya.