Vaksin percuma PICKids tamat, ini ibu bapa wajib tahu

vaksin covid kanak-kanak (2)
vaksin covid kanak-kanak (2)
A
A
A

UMUM maklum, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan ditamatkan pada hari ini, 31 Mei 2022.

Berikutan itu, bermula esok tiada lagi vaksin Pfizer dan Sinovac yang akan ditawarkan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk golongan kanak-kanak.

Mereka yang berusia lima hingga bawah 12 tahun akan perlu dapatkan vaksin Covid-19 secara berbayar di pasaran swasta selepas ini.

Pun begitu, ada beberapa kelonggaran diberikan, antaranya;

1. Kepada mereka yang terpaksa batalkan temu janji disebabkan jangkitan Covid-19. Pemberian vaksinasi secara jumpa terus di Klinik Kesihatan perlu dilakukan dalam tempoh enam minggu selepas sembuh atau selewatnya pada 30 Ogos ini.

2. Selain itu, semua janji temu untuk dos pertama yang dijadualkan selepas 31 Mei 2022 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun akan terbatal dan perlu ke Klinik KKM berhampiran secara jumpa terus.

vaksin kanak-kanak

Baca juga Cepat! Rayuan BKM boleh dibuat online, kaunter berakhir 2 Jun ini

Kerajaan sebelum ini telah memulakan PICKids bagi kanak-kanak bermula awal Februari lalu.

Pun begitu atas beberapa faktor, dos pertama vaksin Covid-19 di bawah PICKids itu hanya akan diberikan sehingga hari ini, 31 Mei dan tidak lagi ditawarkan selepas ini.

Bermula esok, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

Jadi, ibu bapa, pilihlah untuk vaksinkan anak-anak bagi mengelakkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang teruk.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca