Varian BA.5.2, BF.7 dari China sudah sampai di Malaysia, 20 info wanita perlu ambil tahu

A
A
A

DUA varian Covid-19 menjadi bualan ramai di Malaysia saat ini. BA.5.2 dan BF.7 dari China dikhabarkan sudah ‘sampai’ ke negara kita.

Sejak kemunculan tiga tahun lalu, virus itu terus berkembang dan mengalami mutasi genetik lebih cepat daripada yang dijangkakan hingga wujud varian-varian baru.

Varian BA.5.2 dan BF.7 juga perlu diambil serius. Malah ia merangkumi lebih 80 peratus varian yang menyumbang kepada ‘tsunami’ Covid-19 di sana.

Baca juga: KKM saran dos vaksin penggalak kedua, siap siaga kes Covid-19 di China

DGHISHAM DATUK SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan beberapa info berkaitan perkembangan terkini varian berkenaan seperti berikut:

1-Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98 peratus varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage).

2-Varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara China turut telah dikesan di Malaysia.

3-Terdapat 4,148 kes jangkitan BA.5.2 dan tiga kes BF.7 dilaporkan sehingga 31 Disember 2022.

4-Langkah-langkah kesihatan awam yang perlu diambil adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini.

Baca juga: KKM saran dos vaksin penggalak kedua, siap siaga kes Covid-19 di China

Elakkan kawasan yang padat dengan pengunjung (Kredit foto: Pexels)

Orang ramai adalah dinasihatkan agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

• Elakkan 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (crowded places), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

• Amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai alat pelitup muka jika bergejala (wear), dan iaitu amaran (warn) daripada KKM yang lebih berkonsep peringatan.

Kredit foto: Pexels

• Amalkan TRIISiaitu:

1. TEST

Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.

2.REPORT

Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.

3. ISOLATE

Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif.

Patuhi perintah Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

4. INFORM

Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif.

Memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.

5. SEEK

Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

• Jalani ujian Covid-19 sekiranya bergejala;

• Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan dan respons bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes Covid-19.

Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan perkara seperti berikut:

1-Menjalankan ujian RTK-Antigen Covid-19 dan ujian lanjut jujukan genom sekiranya positif, bagi kes Influenza- Like-Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang ada sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari.

2-Meningkatkan survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) menerusi pengambilan sampel air kumbahan pesawat dari China.

3- Pengembara termasuk dari negara China akan melagui saringan demam.

4-Pengembara demam, bergejala atau rujukan kendiri (self-declaration) dirujuk ke pusat kuarantin atau pusat kesihatan untuk diperiksa semula.

Kredit foto: Pexels

5-Menggalakkan pengambilan vaksin bagi golongan berisiko tanpa memerlukan janji temu (walk-in) iaitu seperti berikut:

a) Mempunyai komorbiditi termasuk penyakit kronik

b) Berumur 60 tahun ke atas

c) Individu berisiko mendapat gejala teruk dan komplikasi jangkitan.

6-Rawatan ubat Paxlovid diberikan kepada yang layak.

LAPAN INFO BF.7

Usah memandang remeh tentang kehadiran dua varian ini. Ia mungkin ada di sekeliling anda, justeru ambil langkah berjaga-jaga.

Berikut lapan info penting anda perlu tahu mengenai varian BF.7:

1-Nama varian BF.7 ialah singkatan kepada BA.5.2.1.7.

2-Varian BF.7 baharu dikatakan serupa dengan Omicron. Tanda amaran awal jangkitan adalah seperti berikut:

-Batuk

-Sakit tekak

-Keletihan

-Kesesakan

-Hidung berair

Kredit foto: Pexels

3-Laporan dari China menunjukkan BF.7 mempunyai keupayaan jangkitan paling kuat daripada subvarian Omicron.

4-Ia juga mempunyai tempoh inkubasi lebih pendek dan dengan kapasiti yang lebih besar untuk menjangkiti individu yang mempunyai sejarah jangkitan Covid-19 sebelumnya atau telah menerima vaksin.

5-Gejala jangkitan dengan BF.7 adalah serupa dengan gejala yang dikaitkan dengan subvarian Omicron lain terutamanya gejala pernafasan.

6-Pesakit mungkin mengalami demam, batuk, sakit tekak, hidung berair dan keletihan.

7-Sebilangan kecil boleh mengalami gejala gastrousus seperti muntah dan cirit-birit.

8-BF.7 mungkin menyebabkan penyakit yang lebih serius kepada individu yang lemah sistem imun.

Baca juga: Tanda tanya mengenai gejala Long Covid-19 yang menghantui ramai, pakar dari Universiti Malaya bantu rungkaikan

Sumber: Mirror UK, livescience.com, KKM

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca