MENGINGINKAN rambut yang sihat, bersih adalah impian semua wanita termasuklah wanita bertudung. 

Sebenarnya, wanita bertudung perlu memberikan perhatian yang lebih kepada penjagaan rambut walaupun ia bukan untuk tontonan umum tetapi untuk keselesaan dan keyakinan diri sendiri. 

Mungkin ada di antara golongan ini yang mengalami masalah kulit kepala berminyak, kegatalan dan juga masalah rambut berbau. 

Hmm… Pasti keadaan ini menimbulkan rasa yang sungguh tidak selesa.

Oleh itu, kali ini SinarPlus ingin berkongsi tip penjagaan rambut khusus buat wanita bertudung. 

Berikut 13 tip penjagaan rambut yang perlu diketahui:

1) Cuci rambut

Bagi wanita yang bertudung, disyorkan untuk mencuci rambut selang sehari untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.

2) Sikat rambut 

Pastikan rambut disikat terlebih dahulu sebelum mandi untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyak. Rambut yang tidak disikat akan terbelit, tersangkut pada jari sehingga menyebabkan rambut gugur dan kesakitan pada kulit kepala.  

3) Gunakan syampu dan perapi rambut yang sesuai

Tip ini yang paling penting kerana setiap orang memiliki kulit kepala yang berbeza-beza maka, ketahui jenis rambut dan kulit kepala anda terlebih dahulu. 

Penggunaan syampu dan perapi yang tidak sesuai mungkin menyebabkan masalah kulit kepala berlaku dan sekiranya terjadi, dapatkan nasihat pakar merawatnya. 

4) Elakkan penggunaan air panas ketika mencuci rambut

Kini kebanyakan rumah sudah tersedia dengan pemanas air bilik mandi, ia boleh digunakan tetapi bukan untuk bahagian rambut. 

Penggunaan air panas sewaktu mencuci rambut akan menyebabkan rambut menjadi kering, kasar dan menggerbang. 

5) Penggunaan serum rambut

Amat digalakkan untuk memakai serum atau tonik supaya rambut dapat menyerap nutrien agar rambut kekal sihat dan kuat. Pemakaian serum disyorkan pada waktu malam. 

6) Pastikan rambut kemas 

Salah satu cara untuk mengelakkan rambut gugur adalah dengan memastikan rambut diikat kemas dan longgar sebelum tidur. 

Baca juga: Mengumpat Itu Haram Tetapi Ketahui 6 Jenis Situasi Yang Dibenarkan 

7) Jaga pemakanan

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa pemakanan juga mempengaruhi kesihatan rambut. Bagi memastikan rambut sentiasa sihat, amalkan makanan yang tinggi dengan vitamin seperti biotin, silika dan sebagainya. 

8) Elakkan mengikat rambut ketika basah

Mengikat rambut ketika merupakan pantang yang harus dipatuhi. Sekiranya rambut tetap diikat ia akan mengakibatkan masalah seperti kelemumur dan hujung rambut bercabang. 

Iklan

9) Pemilihan getah rambut yang sesuai

Jangan ambil mudah tentang pemilihan getah rambut. Pastikan getah yang digunakan diperbuat daripada material yang lembut seperti kain satin mahupun baldu. 

10) Pemilihan anak tudung yang sesuai

Pemilihan anak tudung merupakan salah satu faktor yang perlu dititikberatkan. Anak tudung jenis fabrik kapas yang mudah menyerap peluh amat digalakkan untuk dipakai. 

11) Pemilihan tudung yang sesuai

Tidak salah untuk bergaya tetapi pastikan fabrik tudung yang digunakan itu tidak berat dan keras. Seterusnya, cara lilitan juga perlu longgar supaya ada pengaliran udara buat rambut dan kulit kepala. 

12) Pemilihan warna tudung yang sesuai

Amat digalakkan untuk wanita bertudung menggayakan tudung yang berwarna cerah supaya dapat membebaskan wap yang terperangkap di kepala.

Iklan

13) Kunjungi salun rambut

Dapatkan rawatan rambut di salun sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sekali. 

Ia bukanlah suatu yang mustahil bagi wanita bertudung untuk mendapatkan rambut idaman yang segar, cantik dan sihat tetapi amalan dan cara penjagaan sebenarnya memainkan peranan. 

Jadi, selamat mencuba!

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Utamakan Sedekah Pada Keluarga Dahulu, Berikut 10 Fadilat Melaksanakannya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI