[VIDEO] Gelombang ketiga pandemik Covid-19, ini SOP yang perlu dipatuhi

[VIDEO] Gelombang ketiga pandemik Covid-19, ini SOP yang perlu dipatuhi
[VIDEO] Gelombang ketiga pandemik Covid-19, ini SOP yang perlu dipatuhi
A
A
A

RAKYAT di diingatkan, negara kini telah memasuki gelombang ketiga pendemik Covid-19.

Perkara itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

semalam.

Dr Noor Hisham turut menyeru rakyat supaya bersama berpadu tenaga untuk memutuskan rangkaian penularan jangkitan seperti sebelum ini.

Menurutnya, dalam gelombang ketiga ini adalah tanggungjawab kita semua untuk mengawal jangkitan Covid-19 dalam negara kita.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan semua rakyat untu mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan

seboleh-bolehnya duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

Semalam, Malaysia mencatat 375 kes positif baharu Covid-19 dan 371 daripadanya adalah kes jangkitan tempatan dengan kes tertinggi di Sabah dan Sarawak sebanyak 271 kes.

Jangkitan baharu dicatatkan di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan kecuali Perlis.

Artikel berkaitan: Lagi kes Covid-19 babitkan pusat beli-belah, kali ini di 1 Utama dan Setia City Mall

Sementara itu, susulan peningkatan kes tersebut, kelmarin Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan mengenakan PKPB di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang yang telah bermula tengah malam tadi.

Marilah kita terus tingkatkan SOP kawalan kendiri seperti;

1. Memakai penutup mulut dan hidung semasa di tempat awam

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun

3. Sentiasa membawa hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu

4. Mengamalkan pejarakan sosial

5. Amalkan 3W (wash, wear, warn) dan elakakn 3C (crowded space, confined space, close conversaiton)

6. Membuat pembayaran secara dalam talian atau pay wave

7. Meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman.

8. Tidak menghadiri majlis sosial atau melancong ke luar negara.

Sumber: KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca