[VIDEO] Parodi Kal Ho Naa Ho di Jambatan Angkat Terengganu melting habis

A
A
A

RATA-RATA netizen terhibur dan melting melihat lakonan semula seorang lelaki dalam video parodi Kal Ho Naa Ho di bawah produksi tempatan, K-Productions.

Video berdurasi 2 minit 16 saat itu memaparkan babak yang dilakonkan sepasang suami isteri dan seorang pelakon persis Shah Rukh Khan dikenali Ramadhan berlatarbelakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Lakonan ketiga-tiga watak berkenaan yang hampir menyerupai video asal membuatkan ramai yang kagum dengan rakaman berkenaan.

[VIDEO] Parodi Kal Ho Naa Ho di Jambatan Angkat Terengganu melting habis Ramadhan (tengah).
Pengurus K-Production, Ahmad Syafiq Ikhwan Taufik berkata kepada SinarPlus, K- Production sebenarnya sebelum ini menghasilkan video pendek atau cover lagu.

"Idea untuk video ini datang kerana talent dalam Parody tu, Ramadhan dia minat dengan video hindustan. Jadi kami ambil peluang untuk sokong minat dia.

"Tak sangka video ini viral namun saya sangat bersyukur, alhamdulillah dan teruja jugaklah," ujarnya.

Artikel berkaitan: Kerbau Syukor mati, Datuk Dr Zulkifli titip pesanan dan doa

Katanya, selepas ini mereka akan terus menghasilkan video seperti itu.

"Sebenarnya video yang kat jambatan itu shoot pada 2018 tapi tak ada sambungan. Part lain kami shoot minggu lepas.

"Jadi minggu lepas kami bincang balik untuk sambung yang part lain dan hanya ambil masa

satu hari sahaja siapkannya," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan melting melihat lakonan dalam video yang mendapat tontonan lebih 165 ribu itu antaranya:

mimi amni - Power & padu!

aqil syams - Perghhh mantap mmg sebijik

Noor Shafiqah Halim - Lovenyaaaaa! ❤ good job malaysian peeps

saravelvet - Kenapa aku nak nangis ni . Touching

Dezi ShowKelat - Sape ni woiii. Comel la

ain nasihah - Hahaha boleh tahan tp Klau nak. Lbih sama SRK Malaysia Kne bnyk Main kening..haha

Aliea - Nice gila video ni. Smooth ja. Keep it up!

Isma Ismail - Sis is meltinggggg right nowww

Abu Muadz Iman Asma - Ensem Shahrukh Khan yang ni

adda adawiah - anak muda boleh

Ini video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca