BILA last korang makan ayam KFC di restoran? Mungkin ada yang dah terlupa kan sebab sejak PKP dilaksanakan kebanyakan daripada kita sudah terbiasa makan di rumah sahaja.

Namun berita baik bagi korang yang rindu nak makan di restoran KFC tu, perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara.

Video parodi khas KFC buat warganet terhibur

Dalam kenyataannya hari ini, KFC berkata, pembukaan semula perkhidmatan itu disertakan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) termasuk jarakan sosial.

Pelanggan boleh mengalami semula suasana ceria di restoran KFC berserta aroma ayam goreng baru masak yang menyelerakan.

Lebih menarik, bersempena pembukaan semula perkhidmatan makan di premis, KFC melancarkan video parodi khas untuk pelanggan.

Bila tengok rasa tak sabar pula nak pergi makan dekat sana. Berikut adalah video parodi yang dihasilkan oleh KFC yang dimuat turun di laman YouTube :

Iklan

Dalam pada itu, pelanggan tetap dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan “Contactless Delivery” yang membolehkan pesanan dihantar terus ke rumah atau  “Contactless Self-Collect” untuk pesanan diambil sendiri di premis.

Iklan

Artikel berkaitan : PKPP : Apa yang korang kena tahu fasal aplikasi ‘MySejahtera’?

Antara langkah-langkah pencegahan tambahan lain yang dilaksanakan KFC untuk memastikan kebersihan dan keselamatan semua adalah:

  • Meningkatkan kekerapan sanitasi
  • Pembasuhan tangan yang kerap
  • Memeriksa suhu pekerja dengan kerap
  • Menyediakan sanitasi tangan
  • Menggunakan bag penghantaran yang telah disanitasi
  • Menyediakan bungkusan makanan yang telah dipita untuk pesanan penghantaran
  • Memastikan penghantar makanan menjaga kebersihan
  • Pilihan penghantaran tanpa sentuhan
  • Membenarkan pelanggan menempah secara dalam talian dan ambil terus melalui Self Collect