[VIDEO]15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K

[VIDEO]15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K
[VIDEO]15 tahun culas nafkah, wanita dedah proses tuntut bekas suami RM78K
A
A
A

TANGGUNGJAWAB insan bernama suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga jika berlakunya penceraian.

Ingin berkahwin dengan wanita lain, silakan. Tetapi jangan sesekali abaikan nafkah yang wajib diberikan kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

Walaupun isteri mendapat hak jagaan anak, secara asasnya bekas suami iaitu bapa kandung kepada anak-anak tersebut masih bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dan mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita mendedahkan dia membuat tuntutan ke atas bekas suaminya yang tidak memberi nafkah kepada anak setelah sekian lama.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok @jue_singlemum44, ia memaparkan satu lampiran yang menunjukkan bekas suaminya itu tidak memberi nafkah kepada anaknya sebanyak RM78,900.

"Bila ex suami tak nak bagi kerjasama selama 15 tahun dan pemberian nafkah anak-anak, kalau dari dulu lagi bagi kerjasama tak akan jadi macam ni banyak. So hadaplah ye KWSP dia pun tak boleh cover.

"Nak buat proses ni, kalau mampu, ambik peguam swasta. Saya tak mampu tapi demi hak anak-anak, saya usahakan itupun secara ansuran... Alhamdulillah.

"Pejabat agama ada sediakan biro guaman tapi kita sendiri kena cari maklumat bekas suami tapi peguam swasta, dia uruskan, jadinya proses dia...

"Pastikan kita ada surat perintah mahkamah semasa kita bercerai dulu, Nafkah Anak berapa, Nafkah Eddah berapa dan Muataah berapa..." jelasnya.

Ambil bantuan orang susah

Ujarnya lanjut, dia dengan rela hati menghalalkan nafkah-nafkah lain namun hanya tuntut Nafkah Anak sahaja.

"Macam saya, Nafkah Eddah dan Mutaah saya halalkan, saya cuma nak Nafkah Anak sahaja. Dalam Eddah, Alhamdulillah dia bagi Rm450 selama dua bulan namun lepas tu hilang. Saya tak cari sebab saya cuma fikirkan anak-anak je. Cari kerja dan besarkan mereka.

"Cuma masuk tahun 2016, saya terjumpa kembali dia itupun selepas saya iklankan dalam Facebook. Saya jumpa cakap dengan baik bagilah nafkah kepada anak-anak. Walaupun sekampit beras saya terima.

"Tapi ex buat tak tau dan tak nak bagi kerjasam. Sampai masuk 2021, saya failkan kes ini dan terus dapat perintah sambung semula bayar nafkah. Tapi tunggakan itu dia tetap kena bayar jadi itulah jumlahnya," jelasnya di ruangan komen.

Meninjau ruangan komen rata-rata warga maya turut menceritakan pengalaman yang lebih kurang sama, bekas suami tidak mahu bekerja sama dan tidak bertanggungjawab terhadap nafkah anak.

Malah, ramai juga yang menyokong tindakan berani wanita berkenaan demi kelangsungan anak-anak yang masih dalam proses membesar.

Baca juga Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

Sementara itu, untuk info, tuntutan Nafkah Anak boleh dibuat apabila seorang bapa;

1. Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya.

2. Meninggalkan langsung isterinya dan anaknya dalam penjagaan isterinya.

3. Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di mahkamah.

4. Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

Pelaksanaan Nafkah Anak boleh dibuat secara pembayaran terus oleh bapa atau melalui potongan gaji atau penahanan pendapatan.

Pada umumnya perintah Nafkah Anak berkuat kuasa sehingga anak berusia 18 tahun melainkan diperintah sebaliknya oleh mahkamah.

Ingatlah wahai bekas-bekas suami diluar sana, jangan sesekali memandang remeh terhadap isu Nafkah Anak.

Semoga bermanfaat!

@jue_singlemum44 bila ex suami xnk bg kerjasama selama 15thn dn pemberian nafkah ank2..klu dr dulu bg kerjasama...xkn jd cmni byk ...so hadaplah yea....kwsp die pn xle cover ...#cikpuansecurity#???????♬ Che La Luna - Louis Prima

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca