[VIDEO]Gajah gelongsor comel turun dari timbunan tanah raih jutaan tontonan

A
A
A

APABILA hutan yang menjadi habitat asal musnah haiwan terpaksa bermigrasi mencari tempat tinggal baharu.

Haiwan dan binatang di dalam hutan akan keluar mencari tempat berteduh jika tempat mereka 'diganggu'.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti juga video yang tular baru-baru ini memaparkan seekor gajah yang keluar merentasi sebuah kampung.

Difahamkan gajah tersebut sedang mencari jalan pulang ke tempat asalnya di dalam hutan.

Apa yang menjadi tumpuan ramai, ia kelihatan sangat comel ketika terpaksa gelongsor menyelusuri timbunan tanah.

Baca juga Ikan hampir 100 tahun ditempatkan di sebuah akuarium khas. Haiwan ini suka makan buah segar!

Nampak betul-betul gajah tersebut 'struggle' untuk melepasi keadaan itu. Ia terpaksa merentas dengan gaya tersendiri kerana kakinya yang pendek itu.

Aksinya itu turut ditonton oleh sekumpulan anjing yang berada di situ.

Namun tidak lama kemudian ia berjaya merentasi jalan itu lalu berjalan ke arah hutan.

[VIDEO]Gajah gelongsor comel turun dari timbunan tanah raih jutaan tontonan

Video yang dikongsi pengguna TikTok @silentkiller86jb kini meraih lebih 1.6M tontonan, rata-rata warga maya terhibur melihat aksi lucu gajah berkenaan.

Ujar mereka;

"Dah cakap jangan main atas tu. Kan susah nak turun degil betul."

"Comel, member dah malas nak jalan so dia gelongsor..."

"Wehh... awat hampa tengok jaa... tolong laa aku nak turun ni."

"Gajah, satu-satunya haiwan yang boleh mengawal banjir dalam hutan."

"Patutlah mandi Carrie Junior tadi dia tak ada, dekat sini rupanya..."

@silentkiller86jb comel kan tapi hati2 jgn dkt??#fypシ#berandatiktok#viral#bukanmaen?♬ suara asli - Doy_story?

Sementara itu, berikut tujuh fakta menarik tentang gajah;

1. Tiga spesis gajah iaitu Gajah Asia, Gajah Semak Afrika dan Gajah Hutan Afrika.

2. Lebih suka tinggal di habitat yang dekat dengan semua jenis perairan.

3. Gajah memiliki umur yang relatif panjang hingga 70 tahun atau lebih. Ia merupakan haiwan herbivora atau hanya memakan tumbuhan.

5. Gajah sering mengolesi lumpur di tubuh untuk melindungi mereka dari panas yang menyengat dan juga menyelamatkan mereka dari serangga dan kutu.

Baca juga [VIDEO] Hanya seinci dari maut! Pemuda nyaris digilis lori gara-gara tersadung tongkat motosikal

6. Selain untuk menghilangkan dahaga dan menjaga tubuh agar tetap terhidrasi, gajah memerlukan air untuk mandi, sejukkan badan atau sekadar bermain. Ia minum air dalam jumlah besar sekitar 50 galon atau lebih dalam satu waktu sekaligus.

7. Dalam perihal berenang, gajah boleh terapung di atas air. Gajah sebenarnya boleh berenang jarak jauh, dan belalainya terbukti sangat membantu dalam melakukannya.

Comel memang comel, jika terserempak, jangan sesekali mendekati ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca