[VIDEO]”Penat sangat tu” – Gelagat kucing tidur berdengkur jadi tumpuan

[VIDEO]"Penat sangat tu" - Gelagat kucing tidur berdengkur jadi tumpuan
October 27, 2020
Oleh Faezah Muda

BIASANYA berdengkur ketika tidur dikaitkan dengan manusia apabila badan terlalu penat.

Namun lain pula terjadinya apabila perkongsian daripada Twitter Nature & Animals @AnimalsWorld ini apabila menunjukkan seekor kucing hitam yang sedang tidur nyenyak.

Walau bagaimanapun, kucing tersebut telah berdengkur dengan bunyi yang agak kuat sama seperti manusia.

Iklan

Situasi itu sempat dirakam oleh pemilik kucing terbabit ketika dia mendukung haiwan tersebut.

Posting yang berdurasi selama beberapa saat tersebut dimuat naik semalam dan sehingga kini telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 61.9 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

Artikel berkaitan: Pakai pelitup muka bukan lagi perkara pelik, dah jadi kebiasaan. Ini perkara baru yang perlu ambil tahu

Setelah melihat situasi itu, rata-rata warga warganet berasa terhibur dan terpegun melihat si comel itu berdengkur.

Iklan

Kata mereka;

H.J – Minta kena tepuk.

FarahAbu – Kucing saya berdengkur sebelah telinga bila dia tidur.

@hepicats – Kau buat apa sampai penat sangat ni.

@Ezz404 – Capek betul bos.

@dynsmsdn – Weh first time dengar kucing berdengkur.

@laurie_lenahan – I love it when my cat snores.

@roenall – Kitty be like I was tired a whole day doing nothing plus sleeping.

Iklan
Iklan