ANAK adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Semua pasangan berkahwin akan menanti saat bahagia menimang cahaya mata.

Apabila si anak lahir, Islam menganjurkan bapa melakukan perkara-perkara sunah.

Selain mengazankan di telinga bayi, antara perkara sunah lain yang disunatkan dilakukan kepada bayi adalah memberi nama yang baik, melakukan akikah dan mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar timbangan rambut tersebut serta tahnik.

Tahnik ini juga dipanggil ‘belah mulut’ bagi sesetengah tempat. Mungkin ramai yang tidak mengetahui maksud tahnik dan bagaimana cara melakukannya.

Tahnik merupakan amalan menyuapkan mulut bayi dengan tamar iaitu kurma. Tamar dikunyah terlebih dahulu dan kemudian disapukan kepada lelangit bayi.

Kebiasaannya, golongan ustaz atau ulama yang dijemput ibu bapa untuk mentahnikkan bayi sebagai simbolik mengambil keberkatan agar bayi yang dilahirkan membesar sebagai soleh dan solehah.

Ini kerana biasanya mereka ini adalah golongan yang biasa mengeluarkan perkataan baik-baik dan berhikmah daripada mulut mereka.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tahnik bayi adalah satu sunnah, ia tidaklah sampai ke tahap wajib. Jika meninggalkan perkara tersebut tidak
dikira berdosa.

Oleh itu, pendakwah bebas, Don Daniyal Don Biyajid atau popular dengan gelaran Ustaz Don turut berkongsi tentang cara tahnik bayi yang baru lahir dengan betul.

[VIDEO]Persediaan untuk bapa muda, Ustaz Don tunjuk cara tahnik bayi

Langkah 1

Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (daapt macam dalam botol eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap sumbat eyemore.

Langkah 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapa), dan nanti nak doa, mudah Allah kabul)

Langkah 3
Mula dengan Al-Fatihah.

Langkah 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betul dua-dua)

Baca juga Anak boleh nasihat ibu bapa jika buat salah. Ini cara yang betul…

Langkah 5

  • Selawat Syifa
  • Selawat Kamilah (nanti dengar dalam video)

Langkah 6

  • Qul huwaALLah
  • Qul A’uzubirab bil falaq
  • Qul A’uzubirab binnas

[VIDEO]Persediaan untuk bapa muda, Ustaz Don tunjuk cara tahnik bayi

Langkah 7

Iklan

Amik Kurma. Kunyah-kunyah sampai lembik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nanti tengok video macam mana nak masukkan dalam mulut anak. Kena ada skill.

Langkah 8

Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran.

Langkah 9

Cabut jari. Suap air zam zam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari Arwah Tuan Guru Dato Haron Din. Doa tu dalam video.

Iklan

Langkah 10

Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang bapa mendoakan anaknya.

Doalah dengan penuh;

  • ikhlas
  • tawadhuq
  • berharap Allah dengaq n perkenankan
  • sungguh-sungguh

Moga ia boleh dijadikan panduan buat semua bapa muda di luar sana.

Semoga bermanfaat!