PERNAH ke terfikir kenapa ada bulu di bahagian kemaluan? Rasa macam tiada fungsi saja, bukan?

Namun sebenarnya, rambut pada bahagian sulit ada manfaat kesihatan tersendiri.

Jika korang terasa rimas dengan bulu di kemaluan, jangan cukur dulu!

Ini perkongsian Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang mengatakan bulu kemaluan tak perlu cukur, cukup hanya memotong nipis.

Antara fungsinya;

1. Hasilkan sebum untuk elakkan bakteria membiak.

Bulu pada bahagian sulit juga berfungsi seperti bulu mata atau bulu dalam lubang hidung anda.

Ia memerangkap kotoran atau sebarang mikroorganisma berpotensi mendatangkan bahaya.

Selain itu, folikel rambut dalam menghasilkan sebum (minyak) dapat menghalang bakteria daripada membiak.

2. Cegah kulat kelamin

[VIDEO]Rimas dengan bulu kemaluan? Rupanya ada fungsi tersendiri

Iklan

3. Kurangkan geseran ketika hubungan seks

Kulit pada bahagian kemaluan adalah sensitif. Jadi manfaat kesihatan kewujudan rambut pada bahagian tersebut akan bertindak sebagai pelindung.

Ia membantu mengurangkan geseran ketika hubungan seks atau aktiviti lain berlaku.

Bulu tersebut juga dapat membantu mengekalkan kehangatan pada bahagian sulit. Juga faktor penting dalam meningkatkan rasa keghairahan seksual.

4. Kawal suhu badan

Folikel rambut akan membantu badan mengeluarkan peluh dengan lebih baik. Ia mengeluarkan minyak yang akan dibawa ke bahagian permukaan kulit.

Semasa penyejatan, minyak ini akan membantu untuk menyejukkan kulit kesan daripada haba panas daripada dalam badan.

Baca juga Menguap boleh berjangkit? Ini fakta menarik menurut pandangan sains yang perlu kita tahu

Iklan

Manakala cukur pula akan menyebabkan;

  • Kulit melecet
  • Rasa gatal
  • Ruam
  • Jangkitan bakteria

Semoga bermanfaat!

@dr.samhanPERLU KE CUKUR BULU KEMALUAN ? ##tiktokdoctor ##fyp ##learnontiktok ##tiktokindonesia ##tiktokmalaysia ##newyear♬ original sound – Dr. Samhan