Wah! Lebih 50,000 pengunjung meriahkan Jelajah Pusing Selangor Dulu di Johor

A
A
A

WAH meriahnya! Jelajah ‘Pusing Selangor Dulu’ menarik lebih 50,000 pengunjung yang diadakan di pusat membeli-belah Paradigm Mall Johor Bahru, Johor, semalam.

Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi promosi pelancongan rasminya, Tourism Selangor meneruskan penganjuran program promosi untuk pasaran domestik melalui Jelajah Pusing Selangor Dulu ke Johor bagi tahun 2022.

Pada tahun 2019 dan 2020, Tourism Selangor telah melaksanakan program seumpama itu di beberapa buah negeri seperti Kedah, Johor, Perak dan Terengganu yang dahulunya program tersebut dikenali sebagai Jelajah Persona Selangor.

Pada Tahun 2022 ini, Tourism Selangor mengambil inisiatif untuk mempergiatkan semula aktiviti promosi pelancongan domestik bersempena kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! kepada pelancongan tempatan terutama Selatan Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata program pada 13 dan 14 Ogos itu mempromosi destinasi pelancongan menarik yang mesti dikunjungi pelancong dari Johor dan Singapura.

"Johor dipilih sebagai lokasi jelajah tahun ini kerana kedatangan pelancong dari negeri itu ke Selangor merekod jumlah tertinggi ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Kita turut mengambil kesempatan untuk mempromosi Selangor kepada pasaran Singapura dengan memperkenal produk pelancongan Selangor secara jualan kepada penduduk di sana,” kata Azrul Shah Mohamed menerusi kenyataan.

Baca juga Mudah! Pemegang visa pelancong, komersil boleh tunai umrah di Makkah, 5 info berkaitan

Wah! Lebih 50,000 pengunjung meriahkan Jelajah Pusing Selangor Dulu di Johor

Beliau yakin jelajah tersebut akan meningkatkan semula pendapatan ekonomi sekali gus memajukan sektor pelancongan di Selangor.

Menerusi siri jelajah tersebut, Tourism Selangor bekerjasama dengan Malaysia Airlines dan Gamuda GM Klang termasuk penglibatan lima pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Klang.

Lebih 15 operator pelancongan menyertai pameran dengan menawarkan jualan menarik diskauan promosi sehingga 50 peratus kepada pengunjung seperti Jumpstreet Malaysia, Sky Mirror, Avani Sepang Goldcoast Resort dan Homestay Banghuris.

Baca juga Taman Alam Kuala Selangor bakal jadi destinasi pelancongan bertaraf dunia, 300 unit calet dengan kos pelaburan RM100 juta

Sepanjang dua hari penganjuran, Tourism Selangor turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik bersama Animonsta Studio melalui animasi BoboiBoy, persembahan kebudayaan Pertubuhan Kembara Anak Seni Selangor (PKAS) dan Orang Asal Kaum MahMeri serta Sesi ‘Meet & Greet’ bersama Duta Pelancongan Kempen Pusing Selangor Dulu Che Puan Juliana Evans.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca