Wajib tukar span cuci pinggan 3 minggu sekali. Jika tak, guna tip mudah ini untuk ‘recycle’ balik

A
A
A

MUNGKIN ramai yang fikir tandas ialah tempat paling kotor di rumah kita.

Bagaimanapun, dapur juga boleh menjadi salah satu tempat pembiakan pelbagai jenis kuman.

Keadaan itu akan berlaku sekiranya span pencuci pinggan mangkuk yang kita biasa guna untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu bayi, periuk, sudu dan garpu tidak ditukar atau dibersihkan.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), terdapat pelbagai jenis bakteria berbahaya dijumpai melekat pada span yang digunakan untuk membersihkan perkakas dapur.

span SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

Bakteria seperti Acinetobacter, Moraxella dan Chryseobacterium serta kulat boleh melekat pada span.

Ia tidak dapat dibunuh dengan sabun pencuci pinggan.

“Kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ia direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.

“Anda dan keluarga juga berisiko untuk mendapat cirit-birit jika tidak bernasib baik,” kata PHM di laman Facebook mereka.

 

span SUMBER Liliana Drew daripada PEXELS.

Untuk menyuntik kesedaran kepada orang awam, PHM turut berkongsi cara yang betul untuk membersihkan kelengkapan dapur tersebut.

Jom ikuti tip membersihkan span:

1) Rebus selama lima minit.

2) Masukkan span ke dalam air berisi peluntur dan panaskan di dalam microwave selama dua minit.

3) Beli span baharu. Ia wajib ditukar setiap tiga minggu sekali. Lebih baik, seminggu sekali atau apabila sudah berbau busuk.

Sementara itu, majalah Better Homes and Garden, Amerika Syarikat mencadangkan peralatan pencuci pinggan itu dicuci menggunakan cuka.

Katanya, span boleh direndam di dalam cuka selama lima minit sebelum dibersihkan menggunakan air suam dan dibiarkan kering.

span SUMBER Kampus Production daripada PEXELS.

Selain mampu membersihkan span, Better Homes and Garden berkata, cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan ketuhar gelombang mikro, singki dan kepala pancuran mandi.

Baca juga: Secebis span basuh pinggan boleh jadi ‘rumah’ 54 bilion bakteria, bukan boleh sambil lewa pilih penyental

Baca juga: Span cuci pinggan ada 45 juta bakteria jika tidak kerap ditukar, ini penjelasannya

Ia bukan sahaja pembasmi kuman yang murah, malah tidak berbahaya.

Berdasarkan tip yang dikongsikan, tak susah pun nak bersihkan peralatan rumah tersebut.

Langkah kecil yang kita ambil dapat melindungi keluarga tersayang daripada serangan penyakit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang