Wakilkan emak pergi temu duga, banyak ragam anak muda

A
A
A

TEMU duga merupakan satu proses yang membenarkan seseorang majikan menilai bakal pekerja bagi prospektif pekerjaan bersama syarikat, organisasi atau firma.

Dalam proses ini, majikan berharap untuk menentukan sama ada pemohon sesuai atau tidak dengan peranan tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menghadiri temu duga sememangnya boleh membuatkan kita kecut perut walaupun sudah banyak kali berhadapan situasi itu.

Sudah pasti menghadiri proses itu memerlukan cara-caranya yang betul serta calon mestilah pandai mengendalikan diri.

Pun begitu, ini perkongsian Doktor Kesihatan dan Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berhadapan calon ditemu duga yang unik.

1. Wakilkan emak untuk sesi temu duga.

Yang emel resume, telefon dapatkan maklumat dan datang temu duga adalah emak kepada calon. Calon tak dapat datang kerana sedang bercuti.

Baca juga Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion

2. Hanya akan bekerja jika dibuka cawangan dekat dengan rumahnya.

Duduk di daerah lain. Tidak dibenarkan oleh keluarga untuk berpindah ke kawasan berdekatan tempat kerja. Saran syarikat buka cawangan di daerah tempat tinggalnya.

3. Mohon semua kemudahan disediakan untuknya.

Calon tiada lesen memandu dan kenderaan. Mohon syarikat sediakan pengangkutan pergi dan pulang, atau sediakan penginapan serta sediakan makanan ketika berkerja.

Terkejut pula bila diberitahu kosnya akan ditolak dari gaji.

4. Meletakkan banyak syarat kepada syarikat.

Syarat yang diberi pada syarikat berkaitan masa bekerja, jadual cuti, rakan sekerja, kenaikan gaji, dan sebagainya.

Tidak dapat dipastikan sama ada calon yang memohon kerja atau syarikat yang memohon jadi majikan beliau.

Ujar Dr Kamarul Ariffin, banyak lagi kes-kes unik ini, tapi tak dapat dikongsikan semua.

"Apa pun, semasa temu dugalah, proses nak lihat sama ada pekerja dan majikan serasi atau tidak.

"Maka, dua-dua pihak berhak bertanya, memohon, menerima, atau menolak tawaran.

"Saya ambil kesempatan ini untuk doakan semoga kalian yang ikhlas mencari pekerjaan akan dapat kerja yang kalian idamkan, majikan yang memahami dan rakan sekerja yang menyenangkan," pesannya.

temu duga

Sementara itu, ikuti 10 tip ini, korang gerenti diambil bekerja;

1. Resume yang terbaik. Susun sijil dan dokumen dengan kemas.

2. Berpakaian formal, kemas dan menarik.

3. Kenali bakal majikan dan kenal pasti lokasi temu duga.

4. Sampai 30 minit lebih awal.

5. Bawa pen.

Baca juga "Maaf Dr, saya bawah pokok ni.." Norma baharu sesi temuduga mencuit hati

6. Berkeyakinan diri.

7. Beri salam kepada penemu duga dan berjabat tangan.

8. Duduk dalam postur tegak.

9. Jaga 'eye-contact'.

10. Ambil masa untuk menjawab soalan dan tanya soalan yang bernas.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca