Wang kertas koyak, jangan buang! Boleh tukar ada nilainya

Wang kertas koyak, jangan buang! Boleh tukar ada nilainya
Wang kertas koyak, jangan buang! Boleh tukar ada nilainya
A
A
A

RAMAI antara kita yang memiliki duit kertas rosak bertindak menyimpan sahaja di rumah dan akhirnya mungkin ‘terbuang’ begitu sahaja.

Tahukah korang tidak semua duit rosak itu hilang nilainya.

Ada juga yang beranggapan duit rosak hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja.

Namun sebenarnya korang boleh menukar duit yang rosak tersebut di bank-bank komersial (Maybank, CIMB, RHB etc) selain dari BNM.

Tetapi jika wang kertas yang rosak seperti terbakar teruk dan duit tersebut tidak dapat dilihat denominasinya, adalah lebih baik untuk kita rujuk ke BNM.

Untuk pengetahuan semua, BNM menerima duit kertas yang terkoyak, berlubang, kotor atau lusuh, terbakar, kecut, dimakan anai-anai, luntur warna, cacat, hilang ciri-ciri keselamatan dan banyak lagi.

Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai berpandukan spesifikasi yang berikut;

1. Nilai penuh - Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas.

2. Nilai separuh - Antara 1/2 hingga 2/3 daripada asal wang kertas.

3. Tiada nilai - Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas.

Baca juga Lebih mudah menjangkiti kanak-kanak, KKM dedah variasi baharu virus Covid-19 B.1.1.7

Selain itu, ini cara menyimpan atau mengendalikan wang kertas dengan betul;

  • Jangan lipat berulang kali. Contoh lipat untuk gubahan yang akan meninggalkan kesan kekal.
  • Jangan masukkan wang kertas ke dalam air atau peluntur warna.
  • Jangan kikis jalur holografik yang terdapat pada wang kertas RM50.
  •  Jangan ubah suai wang kertas.
  • Jangan renyukkan.
  • Jangan gunakan dawai kokok, objek tajam atau pin pada wang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca