Wang moratorium guna sebaiknya, jangan tukar sport rim kereta. 5 tip urus kewangan
BIASANYA pada pertengahan bulan sesetengah individu sering mengalami masalah kekurangan wang.
Hal tersebut berlaku dek sikap boros berbelanja sehingga wang simpanan yang sepatutnya melunaskan komitmen bulanan digunakan membeli barang tidak sepatutnya.
Implikasinya ada yang terpaksa menangguh bayaran bulanan seperti kenderaan memandangkan wang tidak mencukupi. Ketahuilah, jika masalah pengurusan kewangan berterusan bimbang korang akan dibebani lambakan hutang.
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang mana ramai menarik nafas lega apabila ditawarkan moratorium buat kali kedua sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan penawaran moratorium
sehingga enam bulan terbuka buat semua individu tanpa syarat.
Jadi, jika korang boleh mengurus wang moratarium itu sebaiknya pasti dapat membantu kewangan keluarga ketika berdepan pandemik.
Sepertimana seorang perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad tampil berkongsi lima tip dalam memanfaatkan duit moratorium.
Berikut cadangan yang dikongsikan:
1. Buat simpanan dana kecemasan
Jika ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan, maka kita mempunyai RM7,200 dana kecemasan.
Guna wang tersebut untuk belanja kecemasan atau membeli barangan keperluan asas yang tidak mencukupi.
Jika masih ada gaji, guna duit gaji, jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Sport rim kereta baharu bukanlah kecemasan!
2. Selesaikan hutang kad kredit
Jika ada hutang kad kredit mencecah RM4,000, manfaatkan duit moratorium untuk langsaikan hutang itu secara berperingkat.
Mengapa kad kredit? Kadar faedah yang dikenakan tinggi antara 12-15 peratus. Makin lama hutang itu melekat makin buruk kewangan.
3. Selesaikan baki hutang kecilJika mempunyai dana kecemasan, gaji stabil, syarikat baik, maka cuba selesaikan mana-mana hutang yang mampu dan paling kecil dahulu.
Katakan ada hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000, lebih baik selesaikan salah satu daripada empat hutang yang ada.
Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah.
4. Ambil kembali emas dipajak di Ar-Rahnu
Kadar yang dikenakan Ar-Rahnu biasanya 7.85 peratus bagi tempoh enam bulan. Jika setahun sudah jadi 15.7 peratus. Sangat tinggi kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali di rumah.
Baca juga TNB tawar diskaun bil hingga 40 peratus. Pengguna layak tak perlu mohon, potongan automatik
5. Laburkan duit moratoriumTip ini sesuai bagi individu yang mahir dengan pelaburan sahaja dan bukan untuk yang baru nak cuba.
Manfaatkan duit moratorium untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur.
Justeru, urus dan gunalah duit tersebut sebaiknya.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang