Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, ini penjelasan peguam
WANITA sering menjadi mangsa kecurangan suami sendiri. Tidak sekadar suami dirampas, mereka pula diganggu orang ketiga dengan pelbagai cara.
SinarPlus menemuramah Peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf menerusi ruangan Borak Bibir Merah yang mendedahkan perosak rumah tangga atau pihak ketiga sebenarnya dikenakan tindakan undang-undang.
Definisi orang ketiga tidak terhad kepada perampas, ia boleh merujuk kepada skandal (wanita) suami, kaum kerabat atau mana-mana individu yang boleh menyebabkan berlakunya penceraian.
Baca juga: Isteri berdepan suami curang, jangan semberono! Ini langkah sepatutnya dilakukan
Baca juga: Kamera AES jadi bukti curang! Isteri terkejut surat saman suami gambar wanita lain
Mungkin ramai yang tidak mengetahui secara lanjut mengenai hak ini. Selain sesi kaunseling dan rundingan, isteri juga boleh mengambil tindakan keras begini untuk menyelamatkan rumah tangga.
Menurut Nurfarhana, cara tersebut dicadangkan sekiranya seorang wanita masih ingin meneruskan perkahwinan dan masih menyayangi ikatan yang terbina demi anak-anak.
“Jika klien ingin meneruskan perkahwinan, mereka perlu mengetahui hak-hak mereka sebagai seorang isteri dan anak semasa tempoh perkahwinan,” katanya.
Kongsinya lagi, wanita perlu mengelakkan diri daripda bertindak melulu. Sebagai contoh, perkahwinan diganggu dan si suami telah berkahwin dengan pihak ketiga, wanita perlu bertindak bijak.
“Saya pernah mengendalikan kes seorang wanita ingin menyelamatkan perkahwinan dan tidak mahu bercerai. Dalam kes ini, anak-anak sudah dewasa. Saya mencadangkan supaya wanita terbabit menuntut nafkah isteri. Setelah berbincang, si suami akhirnya bersetuju merekodkan nafkah isteri sebagai perintah mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan wanita agar mengelak daripada menularkan sesuatu bukti dan berfikiran rasional. Katanya, sebelum bertindak, dapatkan dahulu nasihat daripada pakar.
Selain itu, wanita dinasihatkan tidak cepat percaya kepada pihak yang menyampaikan cerita. Siasat terlebih dahulu dan apabila bukti dan maklumat sudah mencukupi, barulah tindakan seterusnya diambil.
Menurut Nurfarhana, penting bagi seorang wanita mengetahui hak sebagai seorang isteri. Isteri berhak untuk menyaman pihak ketiga atau suami sendiri bagi penceraian atau menuntut nafkah.
“Si isteri juga boleh menyaman kedua-dua belah pihak iaitu suami dan pihak ketiga. Buat keputusan yang bijak demi keluarga sendiri dan pengajaran kepada masyarakat terutama orang ketiga,” katanya.
Selain itu, beliau menegaskan tindakan pendakwaan termasuk saman orang ketiga atau suami bukan untuk mengaibkan, namun sebagai pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Baca juga: [SENORITA KAYANGAN] Banyak isteri sakit mental, derita gara-gara perangai suami keterlaluan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang