MAJLIS pertunangan yang sepatutnya meriah menjadi kelam apabila pihak lelaki tidak muncul pada hari yang dijanjikan.

Kekecewaan itu dikongsikan oleh wanita terbabit menerusi akaun TikTok _sakura, yang juga memaparkan persediaan seperti hantaran, kanopi, makanan, kerusi dan meja telah dilakukan.

Menurut wanita berkenaan, lelaki itu mengajak untuk berkahwin namun terdapat kekangan daripada pihaknya lalu meminta untuk bertunang terlebih dahulu dan dia juga yang memilih tarikh tersebut.

Namun, pada 24 Februari lalu menjadi peristiwa pahit buat keluarga wanita itu, apabila rombongan pihak lelaki yang ditunggu-tunggu tidak hadir.

Dalam foto dikongsikan dia dilihat termenung dan hanya mampu bergambar bersama barang-barang hantaran.

Lebih menyedihkan lagi apabila lelaki itu hanya memohon maaf melalui kiriman mesej di aplikasi whatsApp.

Baca juga:Obses & kecewa cinta ditolak, wanita ini sanggup upah culik penyampai TV

Langsung tidak memikirkan malu yang ditanggung oleh pihak perempuan malah menyatakan situasi itu berlaku disebabkan keputusan yang ditetapkan oleh bapanya.

Bahkan, dengan rasa tidak bersalah, dia memberi alasan mempunyai urusan pada tarikh berkenaan dan meminta acara pertunangan ditunda pada hari lain.

Baca juga: Terbaik! Pekerja wanita Kuwait kerja 4 jam bulan Ramadan, masuk kerja 15 minit lewat, balik 15 minit lebih awal

Perkongsian kisah itu mengundang reaksi warga maya turut merasai kesedihan dan kesakitan yang dialami wanita tersebut.

Iklan

“Insya-ALLAH nanti jumpa yang lebih baik dan betul-betul nak dengan awak,” kata Eyza Hafiza.

“Peluk jauh dari Bintulu, kuat ya,” kata salah seorang pengikutnya.

“Kakak harus kuat ya..dia tak layak dapat awak.. awak layak dapat yang lebih baik,” kata seorang lagi.

Setiap daripada kita inginkan yang terbaik termasuk dalam perihal jodoh.

Iklan

Namun sebagai insan biasa tidak mampu menolak takdir yang tertulis andai insan yang dikasihi hadir hanya untuk seketika.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!