Wanita ini kongsi tip cuci kesan conteng anak di dinding guna tiga bahan. Hasilnya, bersih berkilat!

A
A
A

BAGI ibu-ibu yang memiliki anak kecil, pasti kesabaran teruji apabila melihat ruang di dinding di dalam rumah dijadikan ‘kanvas’ seni.

Sebenarnya itu perkara biasa terutama bagi anda yang memiliki anak kecil.

Jangan marah-marah dulu ya wahai ibu bapa. Bak kata pakar, itulah salah satu cara anak-anak merangsang pemikiran dan kreativiti mereka.

Jadi, ibu-ibu tidak perlu bimbang atau naik angin. Lupakan idea untuk mengecat semula atau memadam kesan contengan tersebut.

Baca ni Hanya guna bahan terpakai, 'makeover' #kampunghouse dengan konsep 'kemelayuan' dan farmhouse memang menjadi!

Mungkin tip yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Sharifah Hanim Syed Alsom dan kemudiannya dikongsikan  yang boleh kita praktikkan.

Bahan-bahan yang digunakan memang simple dan boleh jimatkan kos.

Menurut Sharifah Hanim, beliau hanya memerlukan span, Cif Cream Multi Surface (beli di sini) dan air sahaja untuk membersihkannya.

"Caranya juga cukup mudah. Tonyoh di bahagian dinding menggunakan span dengan Cif Cream sehingga kesan ‘lukisan’ tanggal. Kemudian, lap sisa dakwat dan kotoran dengan menggunakan air sehingga bersih," katanya.

Ujar wanita itu, semua bahan yang digunakan itu membantu menanggalkan contengan sekiranya dinding dicat dengan cat standard.

Jadi, jika rumah anda tidak menggunakan cat khas (boleh beli di sini) yang kalis dakwat, anda tidak perlu risau. Tip dikongsikan oleh Sharifah Hanim, insya-ALLAH dapat membantu.

Baca lagi Syatilla Melvin dan suami kongsi hasil dekorasi bilik movie ala hotel raih pujian ramai. Lawa dan kreatifnya!

Bagaimana pula kalau contengan menggunakan pen dan marker dakwat kekal?

Menjawab soalan berkenaan, kata beliau, sebenarnya agar sukar untuk mempraktikkan formula yang digunakan itu.

Pun demikian, ujarnya, kesan dakwat marker (boleh beli di sini) tetap boleh dikurangkan dengan agar dinding kelihatan lebih baik dari sebelumnya.

Mak ayah yang berdepan dengan anak-anak yang kreatif dan suka menginterpretasikan buah idea mereka di dinding, boleh aplikasikannya. Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca