BARU-BARU ini dilaporkan seorang wanita maut ketika mengayuh basikal secara bersendirian.

Insiden yang berlaku kelmarin di Putrajaya itu membabitkan sebuah lori.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao mengesahkan kemalangan berkenaan dan mengatakan pihaknya masih menjalankan siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, seorang saksi tampil berkongsi kejadian sebenar kemalangan itu.

Menerusi perkongsian di Facebook bernama Shukri Hassan, kejadian itu berlaku di Presint 10, Putrajaya dan mangsa dikatakan berada di laluan sebelah kanan ketika itu.

“Hari ini (18 Disember) dalam perjalanan balik dari jogging, saya adalah saksi utama kemalangan maut yang membabitkan rider basikal apabila mangsa bergesel dgn lori.

“Berlaku di depan mata saya apabila mangsa bergesel dan dilenyek oleh lori tersebut.Kejadian berlaku di persimpangan Puspanitpuri Presint 10.

“Saya terus berhenti di tepi jalan dan pergi ke arah mangsa. Saya periksa nadi mangsa dan rasa nadi beliau amat lemah.

“Saya terus menghubungi talian kecemasan dan 10 minit kemudian ambulans dan anggota polis sampai di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa perempuan Melayu dari Subang Jaya datang ke Putrajaya seorang diri untuk aktiviti berbasikal.

“Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini,” ujarnya.

Pesannya juga untuk penunggang basikal, elakkan kayuh bersendirian.

“Kalau boleh kayuh dalam kumpulan. Kayuh di lorong sebelah kiri,”katanya.

Selain itu, dalam satu kenyataan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihatkan:

Bagi penunggang basikal

1. Sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya demi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

2. Pilih lokasi dan masa sesuai seperti kawasan kurang kenderaan, bukan di waktu puncak ketika pergi dan balik kerja.

Iklan

3. Pastikan peralatan dan basikal mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk menggunakan ‘roof rack carrier’ sahaja pada kenderaan untuk mengangkut basikal.

Baca juga Baca buku percuma di perpustakaan @ u-Pustaka

Iklan

Namun bagi pemandu kenderaan lain pula perlu bertimbang rasa dan lebih berhati-hati ke atas penunggang basikal kerana mereka amat terdedah kepada bahaya ketika di atas jalan raya.