Wanita kongsi tip kurier buah durian, kos murah, cara-caranya...

A
A
A

TERINGAT pokok durian di kampung yang kini tengah musim gugur, tapi apakan daya aktiviti merentas negeri belum dibenarkan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.).

Namun begitu, jangan bersedih kerana korang masih berpeluang menikmati keenakan buah durian dari kebun kampung halaman dengan menggunakan perkhidmatan pos.

Tip mudah tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Razira Razalli yang menerima kiriman durian daripada ibu bapanya.

“Kasih ibu dan ayah. Durian piun dia pos nak bagi anaknya yang tidak boleh pulang.

“Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan melindungi mak dan abah. Jasa yang tidak akan dapat anak-anakmu balas,” tulisnya.

Katanya, raja buah itu dikirimkan menggunakan perkhidmatan kurier Parcelhub.

Beliau turut berkongsi cara-cara ibunya membungkus parcel durian menggunakan kotak polisterin tahan sejuk.

“Cara-cara nak packing durian. Tapi mak letak (durian) di dalam peti beku dulu semalaman,” katanya.

1. Sediakan kotak polisterin kosong.

2. Lapik tong gabus menggunakan surat khabar atau tuala.

3. Sekotak boleh memuatkan kira-kira lapan biji durian.

4. Bawa ke Parcelhub dan mereka akan bantu membalut sebelum dikirimkan menggunakan cling wrap.

Baca juga Pokok Durian Gergasi 62 Tahun Di Taiping, Tarik Perhatian Netizen

Bagaimanapun, sebelum membuat pengeposan diharapkan korang memastikan alamat yang diberikan adalah betul.

Bagi kawasan terlibat PKP Diperketat (PKPD) mungkin masa diambil lebih lama berbanding lokasi lain tiga hari sahaja.

Sumber: Razira Razalli, ParcelHub Arau

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca