Warganet sambut baik KJ jadi Menteri Kesihatan, harap kes Covid-19 turun segera

Warganet sambut baik KJ jadi Menteri Kesihatan, harap kes Covid-19 turun segera
Warganet sambut baik KJ jadi Menteri Kesihatan, harap kes Covid-19 turun segera
A
A
A

SEBENTAR tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab teka-teki ramai apabila mengumumkan barisan kabinetnya untuk sama-sama menerajui pentadbirannya.

Dalam satu pengumuman yang disiarkan secara langsung itu bagaimanapun tidak diwujudkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM).

Namun, paling mencuri tumpuan ramai adalah Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) yang kini diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan.

Ternyata perlantikan Ahli Parlimen Rembau itu disenangi ramai warga maya dan berharap kes Covid-19 di negara kita menurun segera.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujar mereka;

"Semoga ada perkembangan yang baik di dalam kesihatan rakyat dan negara. Jalankan tanggungjawab sebaik mungkin."

"Harap dengan KJ sebagai Menteri Kesihatan, kes Covid-19 di Malaysia semakin menurun dan seterusnya bebas dari Covid-19. Satu tugas yang amat berat untuk KJ."

"Menteri belia dan sukan, success. Menteri sains dan innovasi, success. Now menteri kesihatan, insya-ALLAH you can do it Khairy Jamaluddin. Let's fight Covid-19 together."

"Agree. You're the best speaker. Hopefully, you're also the best in action."

"Semoga membawa revolusi terbaik untuk sektor kementerian kesihatan."

"Future PM to be... bagilah jawatan apa pun memang beliau buat kerja bersungguh-sungguh, respect!"

"Memang sangat layak untuk mengendalikan situasi yang kritikal sekarang ini."

Khairy Jamaluddin Foto Bernama Khairy Jamaluddin Foto Bernama

Ini biodata ringkas Khairy Jamaluddin;

1. Dilahirkan di Bandar Kuwait pada 10 Januari 1976.

2. Anak lelaki tunggal dan bongsu daripada tiga beradik.

3. Khairy Jamaluddin dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Raif Averroes dan Timor Abdullah.

Baca juga Fakta pilu, 1,517 murid sekolah hilang kasih sayang ibu bapa angkara Covid-19

4. Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom.

Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE).

1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford.

5. Jawatan disandang;

  • 2013 - 2018 : Menteri Belia dan Sukan
  • 2020 - 2021 : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • 4 Februari 2021 - 16 Ogos 2021 : Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Sementara itu, ini senarai penuh barisan Kabinet baharu yang dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri yang diumumkan hari ini adalah seperti berikut.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Menteri : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri : Datuk Lim Ban Hong

Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri : Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Kementerian Kewangan

Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I : Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II : Yamani Hafez Musa

Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri :Datuk Arthur Joseph Kurup

Kementerian Pendidikan

Menteri Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I : Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II : Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

Menteri: Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad

Timbalan Menteri : Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

Menteri: Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Menteri: Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

Menteri : Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Kementerian Pengangkutan

Menteri : Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Menteri: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor Othman

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Seri Saravanan Murugan

Timbalan Menteri : Datuk Haji Awang Hashim

Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri : Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias

Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: YB Datuk Seri Rina Harun

Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: Dato’ Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Menteri: Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri : Datuk Ali Anak Biju

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Kementerian Kesihatan

Menteri : Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timabalan Menteri I: Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Menteri: Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II: Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Menteri Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II: Datuk Haji Hasbi Habibollah

Kementerian Luar Negeri

Menteri Dato’ Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri: Haji Kamarudin Jaffar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Dato’ Rosol Wahid

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia

Menteri : Tan Sri Annuar Musa

Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri : Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri: Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri : Datuk Seri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri: Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri: Noh Haji Omar

Timbalan Menteri: Tuan Muslimin Yahaya

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Zuraidah Kamaruddin

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: Willie Mongin

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Menteri Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

Kementerian Perpaduan Negara

Menteri Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

Selamat bertugas kepada semua menteri yang telah dilantik!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca