ZAMAN sekarang ini jika terasa lapar dan teringin makan apa sahaja tak perlu pergi jauh-jauh, semuanya di hujung jari!

Pelbagai aplikasi online tersedia untuk memudahkan orang ramai membeli makanan tanpa perlu pergi ke kedai.

Sesiapa sahaja mampu membuat pesanan yang hanya menggunakan aplikasi yang cukup mudah.

Untuk itu, kini kerajaan akan mewujudkan sebuah platform e-dagang sendiri dikenali Warungku untuk membantu meringankan kos ditanggung para usahawan yang menempatkan produk mereka di platform sedia ada.

WarungKu, platform e-commerce seperti GrabFood dan Food Panda, yang telah dibentuk untuk mengurangkan beban pengusaha tempatan dan juga untuk membantu meletakkan produk makanan mereka dalam talian.

Perkara itu disampaikan oleh kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini.

“Inisiatif ini berlaku setelah banyak platform dalam talian yang ada mula mengenakan caj perkhidmatan yang sangat tinggi hingga 35%, sehingga menimbulkan kesulitan kepada pengusaha.

“Selain itu, kami juga mempunyai rider untuk membantu melancarkan proses penghantaran makanan, di mana SME Corp akan menyediakan 5,000 penghantar makanan di seluruh negara tahun ini,” katanya.

Warungku alternatif penghantaran makanan, elak caj komisen tinggi

Iklan

Menurut beliau, peningkatan jumlah rider berikutan wabak Covid-19, selain dari platform e-dagang ini, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN Nasional) juga telah memberikan bantuan sebanyak RM10,000 bagi pinjaman membeli motosikal dan RM2,000 membantu baiki motor rosak.

“Oleh itu, dengan semua bantuan ini, saya sangat yakin bahawa platform e-dagang WarungKu akan mendapat sambutan yang baik daripada pengusaha dan pengguna di seluruh negara,” katanya.

Baca juga Shopee 4.4: Mid Valley Megamall tawar penjimatan hebat dengan jualan jenama kegemaran ramai

Iklan

Kerajaan dijangka memperkenalkan platform Warungku ini secara rasminya pada 10 April 2021 ini.

Sama-samalah kita nantikan pelancarannya. Moga ia menjadi kenyataan memberikan perkhidmatan kepada pengguna dengan kadar yang mampu milik.