SEJAK kerajaan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pelbagai inisiatif dimulakan oleh wakil rakyat seluruh negara bagi mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar.

Tambahan pula ia jelas kelihatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa dilaksanakan semula beberapa minggu lalu yang telah menyukarkan ramai pihak.

Seperti di Negeri Sembilan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini telah pun melancarkan program yang dikenali sebagai Digital Rembau.

Menerusi program Digital Rembau, tiga inisiatif utama yang diperkenalkan bertujuan melahirkan beberapa peluang baharu dalam mengharungi kehidupan dan menerima perubahan serta cabaran baharu menerusi transformasi digital.

Artikel berkaitan : Abah KJ Lancar Program Digital Rembau, Laptop Percuma Diberi Untuk Pelajar Yang Memerlukan  

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut tidak ketinggalan tampil dengan penawaran WiFi percuma di beberapa lokasi di Lembah Pantai.

Menurut Fahmi, pada PKP yang lalu, ramai pelajar yang tidak mempunyai peranti seperti laptop, smartphone atau tablet yang bersesuaian malahan ramai juga yang hadapi masalah akses internet.

Iklan

“Penggunaan data syarikat telekomunikasi agak mahal tambahan pula seringkali kelas yang dibuat akan mengambil masa berjam lamanya.

“Pastinya pelajar akan menggunakan data yang banyak. WiFi percuma pula tiada.

“Untuk PKP 2.0 ini, saya telah berhubung dengan beberapa agensi untuk memohon bantuan WiFi percuma di beberapa lokasi di Lembah Pantai.

“Alhamdulillah, hari ini saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini terdapat tujuh lokasi yang disediakan perkhidmatan wifi percuma, khusus untuk para pelajar yang perlu mengikuti kelas secara dalam talian,” tulisnya di Facebook.

Menerusi inisiatif ini, perkhidmatan WiFi percuma boleh dinikmati oleh penduduk di tujuh lokasi seperti :

  • Dewan Orang Ramai, Flat Sri Pahang (TM)
  • PPR Kerinchi, PREPKOM blok A (TM)
  • Perumahan Pantai Permai (TM)
  • PPR Pantai Ria, PREPKOM blok C (TM)
  • PPR Kg Limau, PREPKOM blok 94 (TM)
  • PPR Sri Pantai, bilik Persatuan Penduduk (U Mobile)
  • Perumahan Awam Kg Kerinchi 1A (Maxis)

(PREPKOM ini dulu dikenali sebagai Dewan MINTS)

Iklan

“Saya difahamkan WiFi percuma ini disediakan sehingga hujung April. Namun saya akan cuba berbincang dengan pihak berwajib untuk pertimbang melanjutkan perkhidmatan percuma ini terutama jika kelas online diteruskan nanti.

“Kepada warga setempat yang inginkan maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, password WiFi serta waktu operasi, sila berhubung dengan PIC di setiap lokasi seperti di dalam grafik,” jelasnya lagi.

Semoga warga Lembah Pantai akan dapat memanfaatkan inisiatif itu sepenuhnya.

Pada PKP 1.0 yang lalu, ramai pelajar yang tidak punyai peranti (laptop, smartphone atau tablet) bersesuaian dan ramai…

Posted by Fahmi Fadzil on Thursday, 28 January 2021