ULAT buku di luar sana pasti teruja apabila pesta buku terbesar, Big Bad Wolf (BBW) kembali dianjurkan di Kuala Lumpur tahun ini.

Seiring misi BBW untuk menjadikan buku lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang, pengunjung berpeluang menemui hampir 2 juta buku pelbagai genre pada sesi jualan tersebut. Ya, 2 juta!

SinarPlus berpeluang merasai kemeriahan penganjuran BBW di Tropicana Gardens Mall semalam.

Ramai yang hadir ke pembukaan hari pertama acara tersebut meskipun diadakan pada hari bekerja.

Pemilihan pusat beli-belah berkenaan untuk penganjuran pada kali ini dianggap tepat kerana ia mudah diakses.

 

Dengan ruang pakir yang luas dan terdapat pelbagai kemudahan seperti ATM, tandas dan kedai-kedai, ia lokasi yang sesuai untuk mereka yang mahu datang bersama keluarga.

Baca juga: Kenali Ramona Azween, atlet e-sukan bertaraf dunia, namanya terpahat dalam buku teks Sejarah tingkatan 4

Penggemar buku yang hadir menaiki pengangkutan awam juga mudah untuk berkunjung ke lokasi itu menaiki MRT.

Salah seorang pengunjung yang ditemui SinarPlus pada acara itu turut mengakuinya.

Baca juga: ‘Masih bebas gajet, keluar bawa buku.’ Dedah cara didik anak, perkongsian Farah Lee raih pujian

Nurul Aqilah Othman, 29, memberitahu beliau datang berjalan-jalan ke pusat beli belah tersebut dan mengambil kesempatan untuk singgah ke BBW.

“Sebagai seorang yang suka membaca, saya tidak melepaskan peluang untuk membelek buku-buku yang dijual apabila melihat adanya pesta buku BBW di sini.

“Lokasinya pula strategik dan mudah diakses untuk pengguna pengangkutan awam seperti saya,” katanya yang datang dari Petaling Jaya, Selangor.

Baca juga:Penarik beca ini bina ‘beca perpustakaan’, sanggup usung buku ke sana ke mari untuk galak orang membaca… 

Sementara itu, seorang lagi pengunjung yang merupakan penjual buku kanak-kanak dalam talian, Nuraqilah Rusly berkata, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke BBW pada setiap kali penganjurannya.

“Saya sudah mengetahui tentang BBW sejak sebelum berkahwin dan kini memilih untuk menjadi salah seorang personal shopper di sini,” ujarnya.

Beritahu wanita yang berasal dari Sabah yang kini menetap di Putrajaya itu, imej buku beserta gambar akan dimuat naik melalui Telegram dan Instagram miliknya yang menggunakan username BookLovers.20.

Iklan

Beliau yang juga seorang penggemar buku pada asalnya membeli buku untuk anaknya sebelum timbul idea untuk menjadi ia sebagai mata pencarian.

Selain itu, dapat dilihat ada dalam kalangan pengunjung yang hadir membawa anak-anak mereka.

Baca juga: Big Bad Wolf dan Garmin tawar harga luar biasa sempena Mega Sales 11.11

Nurfarhana Mohd Hasmi yang merupakan seorang ibu yang bekerja sendiri tidak melepaskan peluang untuk hadir ke BBW selepas melihat iklan di Facebook.

Beliau hadir bersama suami dan membawa dua orang puterinya untuk merasai pengalaman di BBW.

Ujar wanita berusia 33 tahun itu, beliau pasti akan datang ke setiap kali jualan buku BBW tidak kira di mana ia diadakan.

Iklan

“Selain mendapatkan buku untuk diri sendiri, saya suka datang ke BBW untuk mencari buku aktiviti dan cerita kanak-kanak.

“Harganya sangat berbalai dan anak-anak bebas memilih apa yang mereka mahu,” katanya.

Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, BBW yang disertai oleh lebih 50 buah penerbit berlangsung bermula semalam hingga 23 Disember ini.

Di tapak jualan tiga tingkat itu, buku-buku pelbagai genre boleh dibeli pada harga serendah RM3 dengan diskaun antara 50 hingga 90 peratus.

Jika anda tak tahu ke mana nak pergi hujung minggu ini, jom pilih Tropicana Gardens Mall sebagai lokasi dan boleh singgah ke BBW.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang