(10 gambar) Tidak hanya mawar hitam yang tular, Aina Abdul memang terkenal penampilan unik, berani

A
A
A

PENAMPILAN penyanyi, Aina Abdul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menarik perhatian ramai.

Umpama sekuntum mawar hitam, Aina menggayakan gumpalan kain pada bahagian kepalanya bersama gaun serba hitam.

Penampilan ikonik dan berani Aina menjadi tular dan meraih perhatian warga maya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Rata-rata memuji keberanian penyanyi lagu ‘Semalam’ itu yang sentiasa melakukan kelainan dalam berpakaian.

Selain kutior serba hitam dari Behati itu, Aina turut menggayakan busana serba hijau bertopi semasa persembahan dan menerima trofi kemenangan bagi kategori Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular bersama Khai Bahar.

Sebenarnya, Aina tidak asing lagi dalam penampilan yang unik.

Terdahulu pernah menggayakan persalinannya berona biru hitam beropol semasa hadir ke ABPBH ke-33 pada tahun 2020 yang diberi jolokan sejenis aiskrim.

Malah penyanyi berusia 28 tahun itu pernah menggayakan busana serba putih dengan darah memancut di Anugerah Juara Lagu 34.

Penyanyi bersuara lunak itu menyanyikan lagu ‘Sumpah’ telah mencucuk dadanya sehingga cecair seperti darah membuak-buak membasahi pakaian.

Malah ketika Anugerah Juara Lagu 35, Aina tampil dengan busana avant garde serba hitam ciptaan pereka, Wan & Mary ketika menyanyikan lagu semalam.

Ciptaan rekaan itu disesuaikan dengan lirik lagi ‘Semalam.’

Berikut enam  lagi gaya Aina yang unik dan berani.

 

Baca juga: Janna Nick Bintang Paling Popular ABPBH34

Baca juga: Aina Abdul atur langkah lebar sayap ke Korea Selatan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram Aina Abdul, @ainations, @behatimy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca