'32 tahun kenal, abang beri masa yang cukup untuk buat keputusan' - Angeline Tan
'32 tahun kenal, abang beri masa yang cukup untuk buat keputusan' - Angeline Tan
"DALAM tempoh berkawan, abang tidak pernah desak-desak untuk berkahwin. Sebaliknya, abang beri masa yang cukup untuk saya buat keputusan."
Itu pendedahan Angeline Tan yang kini dikenali sebagai Ardini, 56, yang mengakui mengagumi suami, Sabri Yunus, 62, atas kemuliaan hati pelakon dan pengarah itu, sejak mula berkenalan di set penggambaran drama Pak Din KK pada 1992.
Ardini yang mengejutkan peminat selepas tersebar berita bernikah dengan Sabri yang juga kenalannya sejak lebih tiga dekad lalu, kelmarin, berkata hubungan mereka rapat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga tahun lalu.
Bermula dari sekadar bertanya khabar selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya perasaan mereka bertaut antara satu sama lain.
"Niat kami pada mulanya hanyalah bertanya khabar. Kami memang akrab kerana pernah bekerjasama dalam banyak projek.
"Tetapi, lama kelamaan, timbul perasaan di mana kami tahu bahawa kami bukan sekadar hendak berkawan sahaja, sebaliknya, kami ingin akhiri persahabatan ini dengan bernikah.
"Sepanjang 32 tahun mengenali suami, dari zaman Pak Din KK lagi, abang memang sangat baik dan saya sebenarnya, cukup kagum," ujarnya.
Baca juga Selamat Pengantin Baharu. Sabri Yunus kini sah suami Angeline Tan
Dalam pada itu, Angeline berkata, sepanjang tiga tahun menjalin hubungan rapat, Sabri menjadi guru pertama yang membimbing mengenai selok-belok agama.
Selepas ini, kata Angeline, dia akan mengikuti kursus mendalami Islam secara rasmi pula.
Bertanya perasaan sebaik diijabkabulkan, Angeline mengaku beroleh ketenangan yang sukar digambarkan.
"Saya rasa lega, gembira dan bahagia akhirnya disatukan dengan abang (Sabri).
"Jika orang lain rasa kelakar dengan perkahwinan ini, kami pun sebenarnya tidak percaya persahabatan yang terjalin sejak 32 tahun lalu, berakhir dengan perkahwinan.
Baca juga Berusia 56 tahun, Angeline Tan kekal awet muda. Ini wajah terkini Lucy ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’
"Tiga tahun berkawan, kami langsung tidak pernah tergesa-gesa berkahwin. Saya dan suami lebih suka membiarkan perhubungan itu mengalir dan terbina secara semula jadi,” katanya.
Kelmarin, Sabri dan Angeline yang sama-sama mencipta nama melalui sitkom, Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1990-an, dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada majlis ringkas di Kangar, Perlis.
Pada majlis itu, Sabri menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas.
Pasangan itu tampil menggayakan persalinan sedondon rona putih.
Majlis itu dihadiri keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.
Selain video majlis akan nikah tular, berita pernikahan Sabri dan Angeline tersebar selepas teman artis, Issey Fazlisham, berkongsi foto menghadiri majlis ringkas tetapi indah itu di Instagram (IG).
Sumber: BH Online
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang