9 tahun tanpa nasi rahsia pelakon Che Puan Syamim kekal langsing, jelita

CHE Puan Syamim Farid merupakan nama yang tidak asing lagi bagi industri seni tanah air!

Kerjaya wanita anggun berusia 32 tahun ini berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara yang sentiasa dilihat menghiasi kaca televisyen di Malaysia.

Kini masih lagi aktif dalam dunia seni, beliau merupakan isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang dikahwininya pada tahun 2016.

Namun, apa yang paling menjadi inspirasi ramai adalah kelangsingan bentuk tubuh Che Puan Syamim ini yang langsung tidak berubah persis anak dara meskipun sudah berkahwin selama lapan tahun.

Baca juga Jelita persis bonda, kecantikan puteri Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah jadi perhatian warganet

Kredit foto: Instagram syamimfarid

Malah kelihatan semakin jelita! Agaknya apakah rahsia yang diamalkan?

Berusia 32 tahun, Che Puan Syamim masih lagi cantik seperti 10 tahun lalu. Beliau mengekalkan figura tubuhnya yang langsing sekali gus memastikan kesihatan pada tahap maksima.

Baru-baru ini Che Puan Syamim tampil berkongsi kepada umum mengenai rejim pemakanan yang diamalkannya untuk tampil langsing dan sihat.

Khabarnya, sudah sembilan tahun tidak menjamah nasi. Beliau juga tidak makan makanan seperti ayam, daging, minyak dan gula.

Baca juga ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Iklan
Kredit foto: Instagram syamimfarid

“Bila saya dah memulakan sesuatu, saya akan buat betul-betul self-dicipline. No cheat day.

“Nak berhenti makan sesuatu memang susah. Tapi fikir pasal diri sendiri. Awak jaga diri awak, makan awak bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri. Kalau sayang diri, makanlah healthy food,” kongsinya mengenai diet ketat yang diamalkan.

Selain itu,  ujarnya jika mahu makan makanan yang berat beliau hanya memilih untuk menikmati hidangan pasta seperti spageti Aglio Olio yang dimasak menggunakan minyak zaitun.

Sumber: Majalah Remaja

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!