'Ada ketika nangis rindukan detik indah bersama anak'- Azmi Saat mohon doa buat isteri
KEMATIAN pasti akan menimpa siapa saja, tak kenal tempat dan waktu.
Duka kehilangan akibat kematian merupakan satu gejala emosi yang selalunya dihadapi oleh mereka yang terdekat dengan orang yang meninggal dunia seperti pasangan hidup, ibu bapa dan anak-anak.
Begitu juga situasi yang dilalui vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri yang hanya sempat bergelar ibu bapa selama tiga hari selepas anak sulungnya, Khairul Afnan disahkan meninggal dunia 30 September lalu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Namun setelah sebulan yang lalu pemergian anak tercinta, hari ini Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd Saat, 34, memohon orang ramai mendoakan buat isterinya.
"Hari ini hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya."Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.
"Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan Arwah Afnan lahir," coretnya di Facebook.
Menerusi perkongsian sama, Azmi turut meluahkan yang isterinya kadang-kadang menangis merindukan arwah anak lelaki tersayang.
"Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami."Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
"Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya-Allah," ujarnya.
Difahamkan, arwah Afnan berdepan dengan masalah fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak. Sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu, Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), namun doktor tidak sempat berbuat demikian.
Azmi dan isteri, Nazirah Muhammad yang juga cacat penglihatan mendirikan rumah tangga pada 2011.
Selamat ulang tahun kelahiran Nazira! Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang